Saturday, July 30, 2011

Happy Besday Damia 2nd Year..

Hari ni genap la 2thn anak dara aku yg sorang tu..Tahun ni sambut besday Damia dgn keadaan Damia yg tidak sihat (demam+batuk+selsema).Kesian sgt tgk besday girl yg xsihat,asyik merengek dan meragam je semua serba xkena.

Jika teringat kembali kenangan melahirkan Damia,mcm xcaya je baby yg lahir xcukup bulan (33 minggu) sekarang dah berusia 2thn dan xbyk masalah seperti baby yg lahir sama dgnnya.aku sgt bersyukur kerana Allah sentiasa melindungi anak aku yg sorang ni.Masa lahir berat Damia hanya 2.025kg je tp skrg dh 10kg lbh.

Kenangan melahirkan Damia xdpt diungkapkan dgn kata2. Mcm2 perlu aku tanggung utk melahirkan bayi ini. Habis tubuh badan ku di cucuk terutamanya di tgn. Cucuk untuk ambil sampel darah, masuk air dan mcm2. Bukan aku sorang yg kena cucuk Damia pun begitu jugak.

Biarlah kenangan melahirkan Damia tersemat dalam hati untuk selamanya dan aku akan ingat sanpai bila2.

Untuk Nur Damia Humaira Binti Noor Hanif - jadilah anak yang solehah dan hormatilah mama n abah dan yang paling penting taat pada yang 1 (Allah). Semoga hidup Damia lebih berkat.


P/s. Nape lewat pulak bulan ni..adakah Damia nak adik..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment