Monday, November 28, 2011

Ulangtahun Perkahwinan yg ke 3

28 November 2008 - 28 November 2011 dah 3 tahun rupanya aku mendirikan rumah tangga. pejam celik pejam celik rasanya kejap sangat. dah nak masuk anak dua dah aku ni.



Semoga hubungan suami isteri ini kekal hingga ke akhir hayat.

Saturday, October 15, 2011

Lapar...

Inilah menu tengahari kami sekuarga..





Menu harini adalah segara n cepat.kul 1045 Damia dah request nak nasi..aku mana masak pape lg..dalam masa sejam lauk siap d masak.


Lauk apa erk???





Haha...gulai ketam + ketam masak cili + ikan goreng + sambal belacan..semua ni masak dalam masa sejam je..mcm chef je..

Semua makanan tu dah selamat masuk ke dalam perut..alhamdulillah kenyang..






P/s. Kena byk belajar lg memasak ni..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Lapar...

Inilah menu tengahari kami sekuarga..





Menu harini adalah segara n cepat.kul 1045 Damia dah request nak nasi..aku mana masak pape lg..dalam masa sejam lauk siap d masak.


Lauk apa erk???





Haha...gulai ketam + ketam masak cili + ikan goreng + sambal belacan..semua ni masak dalam masa sejam je..mcm chef je..

Semua makanan tu dah selamat masuk ke dalam perut..alhamdulillah kenyang..






P/s. Kena byk belajar lg memasak ni..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 14, 2011

Nebulizer

Pregnant kali ni sgt menguji aku..slalunya kita dengar kalau pregnant je dapat kencing manis @ darah tinggi dgn tiba2.tp aku lain lak, tiba2 je aku dpt astma yg teruk.mmg sblm ni aku ada astma tp biasa2 je.sapu vicks @ telan jer ubat dah lega.tp sejak pregnant ni astma aku semakin berleluasa.vicks dgn ubat dah xberkesan lg.terpaksa kena neb baru lega.skrg doktor dah bekalkan aku pam.bila sedut benda alah tu baru ok.huhu.dah 15 minggu pregnant dah 3 kali aku kena neb.


Ya Allah permudahkan urusan ku dan berilah kesihatan yang baik padaku..amin..





P/s. Ada ubat ke tuk hilangkan terus astma ni...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 13, 2011

Muncungnya la

Inilah hobi terbaru Damia..pantang amik gambar jer mesti nak buat mulut camni ha...layan..


Comelkan...hihi




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 7, 2011

Selamat Hari Lahir

Untuk hubby yg tersayang n dicintai selamat hari lahir..semoga d panjangkan umur dan d murahkan rezki..semoga hubungan yg dibina ini kekal hingga akhir hayat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 22, 2011

Budak merap

Ni la dia budak merap.sejak 2 menjak ni makin kuat dia merap.huhu.maybe sbb nak ada adik kot.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 21, 2011

Sian blog aku ni dah penuh dgn sawang..huhu..lama sgt xupdate..rindu mmg rindu kat blog ni tp keadaan yg x mengizinkan nak update..dasyat sgt lak bunyi dia..

Sebenarnya sesuatu dah terjadi pada ku..bukan yg xbaik tp perkara yg baik.tp mmg teruk kali ni.huhu..benda apa terjadi?? Cuba teka??

Xlama lg status Damia akan bertukar menjadi kakak..insyaallah ujung bulan 3 thn depan damia akan dapat adik.

Pregnant kali ni agak teruk berbanding yg 1st dulu.berat badan turun 5kg sbb mkn je mesti muntah.xleh beradap laptop lama2 nak muntah (sbb tu la blog xberupdate).tp skrg dah ok sket.

Pregnant ke 2 ni aku xwat urine test pun terus g klinik sbb asyik muntah n period dah lewat.bila scan mmg dah nmpak kantung baby.masa tu baru 7 minggu. Skrg dah 12 minggu.

Aku bersyukur xlama lg Damia dah ada kawan.mesti dia xsunyi.alhamdulillah rezki nak tambah baby cepat dr apa yg drancang.








P/s. Damia semenjak nak ada adik ni manja lebih n suka merap.huhu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 30, 2011

Happy Besday Damia 2nd Year..

Hari ni genap la 2thn anak dara aku yg sorang tu..Tahun ni sambut besday Damia dgn keadaan Damia yg tidak sihat (demam+batuk+selsema).Kesian sgt tgk besday girl yg xsihat,asyik merengek dan meragam je semua serba xkena.

Jika teringat kembali kenangan melahirkan Damia,mcm xcaya je baby yg lahir xcukup bulan (33 minggu) sekarang dah berusia 2thn dan xbyk masalah seperti baby yg lahir sama dgnnya.aku sgt bersyukur kerana Allah sentiasa melindungi anak aku yg sorang ni.Masa lahir berat Damia hanya 2.025kg je tp skrg dh 10kg lbh.

Kenangan melahirkan Damia xdpt diungkapkan dgn kata2. Mcm2 perlu aku tanggung utk melahirkan bayi ini. Habis tubuh badan ku di cucuk terutamanya di tgn. Cucuk untuk ambil sampel darah, masuk air dan mcm2. Bukan aku sorang yg kena cucuk Damia pun begitu jugak.

Biarlah kenangan melahirkan Damia tersemat dalam hati untuk selamanya dan aku akan ingat sanpai bila2.

Untuk Nur Damia Humaira Binti Noor Hanif - jadilah anak yang solehah dan hormatilah mama n abah dan yang paling penting taat pada yang 1 (Allah). Semoga hidup Damia lebih berkat.


P/s. Nape lewat pulak bulan ni..adakah Damia nak adik..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 20, 2011

Sakit gigi

Org yg tengah sakit gigi...

Betapa sakitnya bila gigi bongsu nak tumbuh..kenapa aku tumbuh gigi bongsu lambat sgt erk..pelik2..org lain semua bersuka ria dgn 32 batang gigi.aku lak bersuka ria dgn 28 batang gigi..


Mula hari ni aku akan mempunyai 32 batang gigi walaupun gigi aku baru nak merangkak tumbuh..huhu..doktor bagitau aku gigi bongsu sebelah atas tumbuh xla terasa sakit tp sebelah bawah ni mmg sakit, sebab gusi nak bagi ruang untuk gigi bongsu tumbuh.


Aku pernah gak dengar org bagitau gigi bongsu ni xda kegunaan pun. boleh je kalau nak cabut buang terus. Tp xtau la betul ke x. Masa aku p jumpa doktor pun dia suruh aku cabut gigi bongsu atas yg menyebabkan gusi bawah aku sakit sbb tergigit, tp aku xnak la cabut..takut wooooo..





P/s walaupun sakit gigi tp selera makan aku mcm biasa gak, tp masa makan tersgt la lama.haha
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 15, 2011

Pindah Rumah lagi..

Haishhh sgt penat bila hidup macam org nomad ni..huhu.ni kali ke 2 aku pindah..sebab-sebab kali ni pindah adalah kerana tuan rumah nak jual rumah yang kami menyewa tu..yg paling nak marah nya adalah bila xsampai sebulan dok rumah tu tup tup tuan rumah bgtau nak jual lak..sape xhangin..


Rumah sewa kali ni setingkat je dan kecik dr rumah yg sebelum ni..tp jadila tuk kami bertiga..besar2 sgt susah nak jaga.


Hari ni semua barang akan diangkut menggunakan hilux je cari lori sewa xdpt.tp bukan byk pun barang.Episod yg amat meletihkan akan bermula.aku part mengemas la paling malas ni.msti barang dalam rumah baru mcm tokang pecah..nak menyusun lg..kalau memunggah xpe.tu serah kat aku.mmg suka pun..

Kena minum 100 plus dulu ni nak bg ada tenaga sket.xpun minum red bull comfirm bersemangat je.


Aku sekarang amat malas nak update blog ntah la penyakit apa yang berjangkit kat aku
ni..huhu..tp aku rajin lak BW.


Layan je..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 30, 2011

Kenapa erk???

Perasan x dah 2 kali kejadian ni terjadi..pelik bin ajaib camna boleh jd camni lak..huhu

Cuba tgk setiap entry Wordless Wednesday muncul, mesti tarikh n hari pada entry tersebut akan jd awal sehari..xkan la blog ni jeles dgn aku kot..tau la aku ni jarang update disebabkan bz melampau kalah PM tau..ngeh ngeh ngeh..

Kalau ada yg baca entry aku ni mesti kata gila ke apa tuan punya blog ni hari khamis wat entry wordless wednesday..wawawa malu la gua..nape nak tolong..;@



P/s aku pun xtau mana la silapnya..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wordless Wednesday

Danga Bay, Johor


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 28, 2011

Steamboat - Bimmers

Baru2 ni aku g makan kat Bimmers, Kuching..1st time aku makan steamboat ni..sebelum ni dengar orang citer je..

masa aku sampai sana mmg xda orang..aku rasa aku la orang pertama sampai kat situ..sepanjang aku makan kat situ xda saper pun datang..maybe sebelah malam ramai kot. kedai ni buka dari pukul 530 ptg sampai 930 mlm je.

disebabkan xda org dalam kedai tu, aku rasa kedai tu mcm aku yang punya..ahakkks.

kat kedai ni ada 2 pilihan kuah samada tom yam @ sup..bahan2 boleh pilih sendiri dan boleh ambik banyak mana yg mampu anda makan..besh besh besh..selain itu boleh duduk sampai bila kita nak n larat nak makan..tp jangan lupa kedai ni tutup pukul 930 mlm k...

bayaran yg dikenakan adalah seperti berikut:

dewasa : RM 19.90

kanak-kanak (bawah 12 thn) : RM9.90

kanak-kanak (< 3 kaki) : free


so Damia free la..aku pilih tom yam untuk kuahnya..perghhhhh tom yam dia marbelesss sgt..pedas oooo..di samping steamboat kita boleh grill..mmg sedap daging yg diorang perap tu..xde bau hangir a.k.a bau lembu..hahaha.macam2 pilihan daging ada lembu, kambing, ikan sotong, udang dan macam2 jenis perap boleh rasa.memang berbaloi-baloi sgt dengan harga dia..


jom layan gambar kat bawah....


time ni dah abis lauk dalam tom yam tu..lum tambah lg..

apa la my hubby dok bebel tu..ahakkks

gambar tuan rumah mesti ada..

kusyuknya dia makan..mertua lalu pun xnampak..hehehe

Damia makan aiskrim..abis baju kotor..aiskrim xmasuk mulut baju yg makan.

Damia Damia


selain tu kat sini ada mcm2 dessert ada aiskrim, bubur n buah..pastu banyak pilihan sauce..ada gak dia serve nasi goreng..kot2 la nak makan steamboat dgn nasi..




p/s abang bila lg kita nak g makan steamboat..sedap la..

Thursday, June 23, 2011

Wordless Wednesday

Damia n Sofea
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 21, 2011

Cantiknya.....

ntah apa2 je tajuk entri ni..pikir punya pikir letak je la tajuk tu..

cantik yg dimaksudkan ni ialah lukisan dinding..memang cantik sgt gambar yg ada kat dinding ni..saper la yang rajin lukis ni..yg paling bestnya damia sgt suka lukisan pada ni..

banyak sangat ikan..nampak je lukisan dinding ni terus dia cakap "mama fish fish"

Damia yang sporting bergambar..

abah n damia - naper damia takut ke tgk ikan tu??hihihi

Damia n fish

abah pun nak bergambar dgn fish jugak..:P




p/s lukisan dinding ni ada kat gaint d Johor..xingt gaint area mana..:0


Monday, June 20, 2011

Pengalaman memancing di laut

Pada cuti sekolah yang lepas my family + MIL + adik aku pergi Langkawi. Tujuan utama aku pergi sana adalah untuk bawa my MIL melawat anaknya a.k.a abang hubby aku (abg am).

Pada 31 Mei 2011, my hubby ajak aku pergi memancing kat laut..mertua abang Am ada bot dan ajak kami pergi memancing. Kami bertolak pada pukul 230 ptg. Masa tu semua orang kelam kabut sebab air dah mula surut. Kalau air dah surut bot xdapat nak bergerak. Jadi kami semua bergegas ke jati. Sebelum bertolak dari rumah kami semua telah menelan ubat tahan muntah takut mabuk di laut.

Inilah jeti tempat parking semua bot.haha..cuba tengok keadaan air yg mula surut.

Mak Cik (MIL abg Am) + Aku + MIL

(My MIL siap pakai kain batik je,ni gara2 xsempat nak tukar takut air surut.haha)

My Hubby (cuba tengok banglow besar kat belakang my hubby,

tu lah rumah Tan Sri apa tah, aku dah lupa... :P)

Tuan tanah mesti ada (org lain pergi laut semua pakai baju buruk2 je tp aku bergaya lak..hehe..xsempat nak salin baju just tukar seluar je)

Keadaan laluan semasa proses nak keluar dari pangkalan jeti..air semakin surut dan membimbangkan semua orang dalam bot..tp alhamdulillah bot berjaya dikeluarkan.

Muka happy sebab bot berjaya dikeluarkan..

keadaan laut yang banyak dikelilingi oleh pulau2..yer la kat langkawi ada 99 buah pulau mau x banyaknya..

ini lah tuan punya bot a.k.a FIL abg Am a.k.a driver kami.. :)

masa ni tengah cari tempat nak memancing..pancing xguna rod k guna tali je..

berada di lautan..

Inilah ikan pertama dari hasil tangkapan aku..(jangan tertipu dengan gambar itu..sebenarnya ikan tu kecik je..ikan kerapu ni)

Aku di laut sampai malam..malamnya kami nak tangkap sotong..tp tunggu punya tunggu xda lak sotong yg nak datang.huhu..kami semua hampa..kata pak cik air laut berombak jd xda sotong la..dah banyak tempat kami tunggu last2 ambik keputusan balik je la.

selalunya kita makan je makanan laut, rupanya nak tangkap ikan ni bukannya perkara semudah abc..tp susah gak dan ikut juga nasib..kadang2 hasil tangkapan lumayan dan kadang2 sebaliknya. semuanya dari-NYA..

gambar masa di malam hari xda..sebab aku dah xtahan pening sgt kerana bot berada dalam keadaan terhoyong- hayang..huhu..rugi sangat..aku pening mungkin ubat yang aku makan tu dah abis kesannya.huhuhuhu



p/s pengalaman memancing di laut memang xdapat dilupakan..kalau diberi peluang kedua aku kena fikir 2,3 kali nak pergi. :P

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 14, 2011

22 bulan 15 hari

Tu dia gelagat anak mama yg sorang ni..semakin besar semakin banyak pe'el dia..huhu.ni adalah perkembangan dia setakat ni..
•kuat merajuk..kalau merajuk dia akan meniarap sambil nangis..
•boleh menyebut perkataan yg disuruh.
•masih menyusu badan..
•suka merap dgn mama dia je..
•suka swiming..


P/s cepatnya anak mama ni besar..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 10, 2011

My new nephew

Inilah anak buah aku yg baru lahir kemarin dan sama tarikh lahir dgn mama ku.nama dia muhammad iqmal hakimi bin muhammad..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bezday mama

Kemarin,8 Jun adlh hari lahir mamaku.thn ni lebih bermakna kerana pd tarikh yg sama mama ku mendapat seorang lg cucu.sekarang mama ku ada 4org cucu.2 girl 2 boy.cucu yg baru lahir namanya muhammad iqmal hakimi.


P/s bestnya tgk baby..mcm nak seorang je.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 4, 2011

Bila di kupas

Ni la rupa bila buah pelam warna merah tu di kupas.warna tetap sama mcm buah pelam lain.rasa buah ni xla sedap pun.bagi pendapat aku la.




P/s don't judge a book but it`s cover..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 30, 2011

Jom join Heartbeat...

Jom kawan2 kita join heartbeat..dapat tambah duit poket..

mula2 klik banner heartbeat kat atas blog ni yer...



ok mula2 kawan2 perlu register dulu..

camna nak register??kawan2 bleh tekan logo heartbeat seperti di bawah ni..


2. Lepas tu klik create account seperti di bawah ni..


3. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue


4. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah seperti di bawah ni.


5. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan di bawah)
then isi kesemua maklumat yang diperlukan



6. Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang di bawah)


7. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...
then klik continue



8. Klik My HB!Affiliateuntuk mendapatkan iklan heartbeat

9. Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah)

10. Copy Code2 yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat
(seperti lampiran yang bertanda kotak merah di bawah) setiap code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)

AFTER THAT TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG


11. Klik kat Design

12. Klik Add A Gadget


13. Klik add HTML/JAVA SCRIPT then save, ulangi cara yang sama untuk letak ketiga2 iklan berkenaan


14. akhir sekali DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang dikehendaki...



OK done!!
senang kan nak dapat duit..haha

selamat berheartbeat semua.....

iklan di atas adalah ehsan daripada mama zharfan terima kasih MZ...

p/s sape yg belum register lagi jom la register ramai2..

Pelam epal merah

Ini lah pelam epal merah..percaya x?aku mula2 pun xcaya gak.tp bila bau mmg comfirm ni pelam.


Sapa nak rsa mai le rumah tgk pelam ajaib.susah nakk dapat ni.


Sorry pelam cuma ada sebiji saja.xdpt la nak bg rasa.


P/s buah ni ayah aku yg bw blk.dia kan keja kat jbtn pertanian.so byk la buah pelik2 yg dia bw blk.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 18, 2011

Spageti

Ini la rupa spageti yg pertama kali aku buat sepanjang hidup ku ini..huhu.aku bukan minat sgt mkn pasta..ntah la kenapa tekak melayu aku ni xleh nak terima.tp aku tetap gak nk cuba buat sendiri. My hubby pun sama mcm aku xbape nak mkn pasta.


Spageti yg aku buat akhirnya abis gak d mkn.Damia mcm suka je mkn spageti xseperti mama dgn abah.bagus anak mama ni semua mkn senang nak jaga.ngeh ngeh ngeh...



P/s nampaknya kena blaja masak pasta tuk menambah minat ni.huhu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bila buku bertemu ruas

Amboi tajuk xhengat.padahal pic Damia tgh tekun mewarna je.Inilah gaya budak yg sgt rajin study.hihi.tp keadaan tersebut berlaku dalam 10 minit je.pastu Damia kembali seperti biasa.melepet je dgn mama.huhu.






P/s ish22 anak mama ni sampai terkangkang ms mewarna..nasib la awak kecik lg kalau x dah kena lepuk dgn mama kalau duduk cmtu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone