Sunday, February 17, 2013

Wow besar bunga Reflesia

Tu dia besar x bunga reflesia ni..dah sama besar dgn Damia..tp ni replika je bukannya yg betul. Besarkan...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 15, 2013

Curry mee

Wah besar gila mee kari ni. Mau semput kalau nak abiskan sorang2. Aku comfirm2 x abis kalau mkn sorang2 walaupun sedap sgt. Mee kari ni mkn kat secret recipe, aku rasa dah mkn byk tp xabis2 gak last2 hubby yg sambung mkn sampai habis.






Amaran: kepada sesiapa yg nak mkn mee kari kat secret recipe sila order 1 dan mkn berdua. Kalau x menbazir sgt, tp kalau rasa boleh habiskan 1 mangkuk besar tu silakan..hihi..amaran la sgt..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 14, 2013

Bila lelaki jaga anak

Situasi ini berlaku di secret recipe.


1)Mula2 si bapa menjaga 2 anak dgn umpan video yg ada dalam handphone..

2)Tak sampai 5 minit situasi menjadi kelam kabut bila sekecik menangis dan memberontak.

3) Dan akhirnya handphone kesayangan si bapa telah jatuh ke lantai..toing toing toing(xda gambar sbb si anak telah beralih ke tangan dgn si ibu)



Tu la al kisah sebuah cerita di petang yg hening..



P/s sekarang agak susah nak keluar makan di luar sbb anak2 menjadi sgt aktif bila duduk 1 tempat je..cepat bosannya gamaknya tambah2 bila order lambat sampai..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 13, 2013

Damia vs Delisha

Ni la 2 beradik. Muka Delisha dah mula berubah dan hampir sama dgn kakak dia. Adik2 aku pun gtau camtu. Nama pun 2 beradik mmg la muka hampir sama dah dr gen yg sama.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, February 12, 2013

Buai laju-laju aku nak kawen dgn anak raja

Ni 1st time adik naik buai style duduk, siap ada safety belt lg..tu yg aku berani nak letak Delisha kat buai tu.safety 1st.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 11, 2013

Jom belajar

Damia tgh menulis adik lak dok ketuk kepala kakak dia dgn pen. Pastu kakak dia gelak apalagi adik lg la suka. lagi dok ketuk kakak dia.hihi


Aku lak dok suap bubur kat adik. Adik ni kadang2 susah gak nak mkn. Mkn skit dah xnak..tp kalau sambil dia main ok je mkn.



Arini nak p mana yer..xkan lepak rumah lg..bosannya..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 10, 2013

Si tocang dua..

Ini la rupa Delisha bila di ikat rambut tocang 2.. Ni 1st time cuba ikat rambut style ni. Sebelum ni ikat 1 je a.k.a mcm pokok kelapa..hihi

Rupanya comel gak bila ikat rambut camni kan.(Apa kes puji anak sendiri)




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, February 9, 2013

Jom main sembunyi2

Bukan sembunyi sangat pun. Tu la gaya Delisha masa pandai meniarap aritu. Siap menjulur masuk bawah meja lg. Muat2 je dgn dia. Lucu tgk.


Cuti raya cina ni xtau la nak g mana. Dok lepak rumah je kot. Bosannya la. Nak balik kg mahal tiket flight. Sian kat budak2 ni xda aktiviti yg menarik.





P/s Ya Allah.. Hati belum tenang dengan apa yg menimpa. Kau kuatkan imanku Ya Allah.. Hati merintih adakah yg berlaku ni disebabkan kealpaan ku selama ni. Aku berserah pada Mu,Ya Allah..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 8, 2013

Rumah masuk pencuri kali ke 2

Ya Allah..balik je rumah td dlm pukul 1230,hubby buka pintu rumah tp xleh nak buka.rupanya ada org kunci dr dalam.aku mmg dah syak msti kena pecah masuk lg ni..hubby pun tgk melalui tingkap suis lampu bilik utama terbuka.mmg comfirm kena pecah masuk ni..so hubby pun p la belakang rumah nak check..mmg comfirm rumah kena pecah masuk bila tgk tingkap bilik terbuka. Pencuri tu dah potong grill n masuk guna bilik utama.


Dan suspek utama adlh tukang potong rumput sbb apa hubby ada minta tukang potong rumput tu potong rumput belakang rumah..sbb dah terlampau pjg. Pastu hubby g airport antar kwn dia..aku rasa tukang potong rumput tu buat 2keja dlm 1masa.


Benda yg hilang adlh DSLR yg baru bli n xsampai stgh tahun guna dah kena curi.pastu PS2 hubby pun kena amik..yg paling xtahan skali perfume aku baru bli lum sempat guna pun diorg kebas. Handset n70 pun dikebas gak.Masa kali pertama aritu perfume hubby dicuri. Kali pertama aritu abis brg kemas, duit syiling,ipad,laptop kena curi nak dekat rm20k gak la rugi.kali ni nak dekat rm5k..mmg dah xda pape pun dlm rumah ni nak dicuri pasni. DSLR aku simpan dlm beg blk kg siap lock lg pun dpt diorg dpt buka.diorg koyak terus beg tu.mmg dah kena bli baru la.xleh nk guna.huhu.


Tahun lepas macam2 ujian aku hadapi..sbb tu la thn lepas aku kurang update.mood ke laut..n stress sgt.



P/s insyallah apa yg berlaku ni ada hikmahnya..walaupun hatiku sedih dgn apa yg berlaku,tp aku redho sbb smua ni dah ditentukan oleh Nya..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 7, 2013

Balut buku

2 minggu lepas Damia bawa balik 10 buah buku. Rasanya buku tu di guna sepanjang tahun ni kot. Bila aku belek2 buku tu rasa mcm susah je, yela budak 4 tahun nak jawab soalan camtu. Memang standard tadika sekarang camtu kot. Insyaallah Damia dapat belajar dengan baik la.


Tugas aku mesti la kena balut semua buku2 tu. xkan nak suruh hubby lak mesti dia xnak. Cari2 ada pembalut buku lebih. Apa lagi terus semangat nak balut. Bila start balut rupanya xcukup plastik pembalut tu terpaksa hubby keluar pergi beli. Bukan setakat balut buku sekolah Damia abis semua buku hubby aku balut. Dah lama xbuat kerja2 mcm ni. Best pulak rasanya. Last balut buku ni rasanya time sekolah2 dulu je.rasanya dah 13 tahun tinggal. Bila anak dah sekolah baru dapat merasa balik nak balut buku ni.

Jom layan gambar kat bawah...





Wednesday, February 6, 2013

Comelnya dia

Gambar ni baru je amik..delisha jenis langsung xmau pakai apa2 barang perhiasan.tambah2 benda kat kepala dia, topi ke,cekak ke,reben ke comfirm xsampai seminit dah dia amik buang. Mmg spesis xsuka berhias dgn benda2 camtu.


Masa kecik xpela xpandai nak capai lg. So dia terpaksa redho je la mama dia wat pape pun. Bila dah besar no no no jgn letak pape kat atas kepala saya, saya xsuka yer mama..haha camtu kot kalau dia dah pandai ckp n gtau mama dia..

Gambar tu 3 keping je dapat snap pastu dah dibuang terus cekak tu..sblm nak snap siap umpan kata 'kacaknya dia'(dlm bhs srwk - cantiknya dia) baru tersengih2 org puji..apa la adik ni..nak kena puji baru nak senyum erk..






P/s aku n hubby org kedah anak org sarawak.. 2 kedah 2 sarawak.. Hujung tahun ni try apply tukar lg..harap2 dapat la pindah..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 4, 2013

Kenangan bersama kawan2 BTP 2001 - 2005

Ni la gambar kenangan semasa belajar dulu. Kalau xsalah smua kawan aku ada dlm gambar ni.pelajar lelaki mmg skit maybe sebab kos pendidikan kot.

Skrg semakin maju kami semua berhubung dgn group kat whatapp..walaupun lum buat reunion lg tp kami tetap berhubungan..best dapat bertukar2 cerita.

Rindu kamu semua..


P/s kenangan semasa belajar paling best..kalau boleh diputar semula msti best kan.enjoy sgt.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 3, 2013

1st time cuba

Selalu baca kat blog org kata meat ball ikea ni sedap sgt. Pas google cari resipi so apa lg cergas la kat dapur pung pang pung pang nak siapkan meat ball n kuahnya..

Bila semuanya dah siap kita pun menjamu la selera..ooo boleh tahan rasanya..boleh buat lg pasni.

Sapa nak resipi boleh la google sendiri..hik hik hik..dasar M..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, February 2, 2013

Dah tumbuh gigi dia

Horey..adik dah ada gigi.tp sebatang je.dah 10 bulan baru gigi nak tumbuh.tu pun sebatang..mcm lucu je..ms kakak mia naik 2 terus.tp adik 1 je.hihi


Adik lambat tumbuh gigi tp kaki cepat. 8 bulan dah pandai memanjat. Skrg dah pandai berdiri sambil lepas tangan. Dia boleh main sendiri. Kita letak mainan banyak2 dia main la, tp bila dah bosan mmg terus cari org xpun nangis sbb bosan ngadap mainan sorg2..itulah adik. ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 1, 2013

Rumah ku syurga ku

Alhamdulillah rumah kami dalam proses pembinaan dah..nampak mcm dah hampir nak siap sbb dah ada bumbung rumah tp rumah jiran lum diorang bina lg.baru 2 buah rumah je diorg bina. Tengok dalam peta lokasi rumah tu line rumah aku tu ada 5 buah rumah tp 2 buah baru bina.msti lmbt lg nk siap kot.xsabar nak duduk rumah sendiri. Siap berangan lg..haha..padahal minta tukar thn lepas xdapat pun..tp xpe thn ni cuba lg..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone