Monday, May 7, 2012

Pengalaman melahirkan anak kedua

Ni la muka orang yang hendak bersalin.


21 Mac 2012 (Rabu) adalah hari semua pelajar SPM 2011 berdebar-debar kerana result SPM akan keluar pada pukul 10 pagi.


Aku pulak pergi sekolah seperti biasa. Hari ni aku ada kelas pukul 830 jadi aku pergi ke kantin dulu untuk mengisi perut. Aku memang dah biasa makan nasi terus sbb aku turun ke kantin sekali je sehari. Masa lain memang xsempat nak turun mkn dah. Majoriti cikgu kat sekolah memang turun sekali je ke kantin.


Tepat kul 830 pagi aku naik ke kelas untuk mengajar kelas tu ditingkat 4. Waa memang letih la naik atas bagi orang yang mengandung (tunggu masa je nak bersalin) menapak ke tingkat 4. Aku pun mengajar seperti biasa. Masa aku tengah mengedarkan buku latihan pada pelajar tiba2 aku rasa mcm je (ada bunyi pop) jadi dengan rasa xpuas hati aku pergi ke tandas takut dah ada tanda2 untuk bersalin. Bila pergi ke tandas check2 xda apa2 pun, jadi aku naik semula sampai je kelas tiba2 ada air yang keluar meleleh di kaki. Aku apa lagi risau bebudak nampak je so aku minta diorang siapkan kerja dan aku terus turun ke bilik guru. Aku tepon hubby bgtau yang dah ada tanda nak bersalin. Berdesup hubby dari bandar kuching ke sekolah aku. Kebetulan hubby ada taklimat di hotel mana tah.xsempat nak dengar taklimat terus keluar ambil aku. Aku pergi pejabat bgtau aku nak balik sbb dah ada tanda2 nak bersalin.


Pukul 950 gitu, hubby sampai terus pergi hospital. Masa tu ramai pelajar dah mula datang nak ambil result. Aku risau je baju aku basah nanti pelajar tegur lak. Punya la aku takut basah aku berdiri sampai la hubby sampai.haha lucu rasanya. Aku xrasa sakit pun. Hubby yang risau, bawa keta serupa pelesit dah laju kemain-takut bini dia bersalin dlm keta kot.hihi.


Sampai je hospital terus pergi daftar. Ya Allah lama gila menunggu nak masuk. Biasa la hospital kerajaan. Pukul 2 baru aku masuk tuk di check. Lepas check bukaan baru 2cm doktor suruh p wad sbb maybe lambat lg nak bersalin. Sampai je kat wad tukar baju semua dok rehat2 atas katil tanpa rasa sebarang sakit. Masa ni lapar sgt suruh la hubby beli nasi. Lepas mkn segala doktor dtg tgk aku punya kad. Lepas dia dok sembang2 dgn doktor praktikal ttg apa tah aku pun xfaham. Doktor bgtau ke nurse suruh antar aku kat bilik bersalin. Aku pun pelik baru je sampai sini nak kena naik atas blk.huhu.


Bila dah masuk bilik bersalin tiba la masanya tuk macam2. Aku xsuka bila doktor nak check laluan bersalin. Wah sakitnya xtahan aku. Doktor bgtau aku disebabkan air ketuban dah lama dah pecah so dia nak induce. Masa anak 1st aritu diorg masukkan ubat kat bawah tp kali ni dia masuk ubat guna drip. Mmg sakit sangat time ubat tu masuk. Kali pertama masuk aku masih xbrapa sakit gitu2 je. Xla terlampau skt pun cuma rasa baby start ngeras je. Doktor x puas ati sbb jalan xbuka lg. Diorg masuk ubat tuk kali ke 2. Masa ni doktor lelaki masukkan ya Allah kasarnya sampai aku nangis dan pegang tgn doktor perempuan xlepas2. Xsampai 2 minit ubat masuk tiba2 denyutan jantung baby dlm perut jadi lemah. Apa lagi doktor semua kelam kabut suruh aku dioperate takut baby lemas katanya.huhu. Aku kalau boleh nak bersalin normal tp baby lemas terpaksa di ceaser untuk kali ke 2. Kalau kali ke 2 ceaser nampak gaya nya aku xleh ramai anak la.huhu.


Dalam kelam kabut tu doktor minta aku tandatangan untuk bersetuju untuk di bedah. Aku dah xda pilihan ikut je la. Lepastu aku dibawa ke bilik bedah dan dicucuk 2kali untuk bius kot. Kali ni aku kena bius penuh dan aku memang xsedar langsung apa jadi pastu. Yg aku sedar diorg gerakkan aku. "Puan,puan bangun"sambil kuis2 tangan aku. Masa ni aku sedar terus rasa sakit diperut. Macam kena hiris je perut.huhu. Xtau nak ckp cmna sakit tu.aku rasa mesti ubat bius tu da abis. Aku ditolak masuk wad. Masa ni aku lum tgk lg baby. Aku amik kesempatan untuk tidur secukupnya sblm diorg antar baby tp xleh tidur sgt pun kejap2 nurse dtg bg ubat suruh mkn.huhu. Esok pagi baru diorg antar baby dekat aku.

Ok la nanti sambung lg.. Bye..

P/s entry paling panjang yang ada kat blog ni. Hihi


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment