Tuesday, May 8, 2012

Pengalaman melahirkan anak kedua-part 2

Pagi tu nurse datang bawa baby. Ini la episod aku menjadi mama tuk 2 orang anak. Aku memang teruja sgt nak tgk baby sbb dari smlm lg xdpt nak tgk. Bila amik baby je aku tgk muka baby macam kakak dia juga. Baby aku alahai kecik je padahal kakak dia dulu lg kecik sbb 2kg je.


Bila baby dah ada dgn aku,smua urusan baby aku la kena uruskan. Cuba bayangkan aku baru je pas operate mmg la susah sgt nak bangun sbb teramat sakit bekas kena bedah.huhu. Tp aku kuatkan semangat uruskan baby. Aku amik langkah mudah letak baby atas katil bersama aku jadi senang la xyah la aku bersusah payah nak amik baby dari troli dia. Aku bersyukur baby xda banyak karenah sgt.alhamdulillah.


Bagi ibu2 yang kena ceaser memang kena menginap di hospital selama 3 hari, tu pun bagi ibu2 yang xda masalah selepas bedah. Aku memang xboleh duduk lama2 kat hospital rasa macam aku ni sakit teruk je. Alhamdulillah aku xda apa2 masalah dan baby pun xda masalah. Aku duduk hospital 3hari 2malam je, tu pun aku rasa mcm dah berminggu2 aku dok di hospital.


Aku discharge pada pukul 530pm.. Nak discharge pun lama, kena tunggu giliran.hihi. Aku nak berterima kasih kepada doktor2, nurse2 dan nurse2 praktikal yang banyak membantu aku sepanjang berada di hospital. 2 kali bersalin di hospital ni banyak pengalaman yang dirasai. Untuk kali terakhir bersalin nanti aku harap dapat bersalin di negeri kelahiran aku pulak xpun di hospital di semenanjung.;P



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment