Tuesday, November 27, 2012

Holiday...

Tu dia byk x beg yg kami bawa nak p holiday..hihi..nak kena tunggu flight kul 130 ni..lambatnya..dari Kuching pukul 3 pagi bangun nak siap g airport..kul 4 terus bertolak dari rumah..sampai kl pukul 8 lebih..

Ok nanti aku update lagi kalau ada masa..hihi



Monday, November 26, 2012

Aktiviti hujung minggu...

Tengok la betapa happy nya c adik bila dapat main air..kakak dah ada geng skrg nak main air kalau x main sorang2 je. Tu adik masih kecik lg kalau dah boleh berjalan xtau la camna. Mesti kakak xsunyi lg dah ada kawan bermain. Skrg mama tgk kakak happy jer cuma kadang2 jer nampak dia jelas skit kat adik..

Mama sayang kamu berdua..peluk ketat ketat..:)








Saturday, November 24, 2012

Simpang mengayau...

Tu la jawapan tuk entri yg lepas...simpang mengayau,kudat, Sabah...perjalanan pergi kesana mengambil masa 3-4 jam lebih dari kota Kinabalu..jauh kan..tp sebab jalan dia tgh dalam baik pulih..mmg la mengambil masa yang lama..ditahan ooo dok dalam keta lama2.. Kematu abis vontot aiiii...huhu..tp mmg nak pergi sgt sebab kita berada di hujung tanduk Sabah bila kat situ.. Pemandangan dia mmg la sgt cantik..xdpt nak ucap dengan kata2... Tp kami singgah kejap je xsampai sejam sebab nak bergegas balik ke KK. Takut nak drive malam sebab jalan dia xbrape nak ok..bahaya la..

Nanti aku masukkan gambar yg byk dalam DLSR lg...lum transfer maa..bz sesgt...



P/s Best kan dapat g holiday... ;)


Friday, November 23, 2012

Yahoo.....

Dah boleh masukkan gambar....







Siapa tahu tempat ni kat mana?hihi

Aduhai laaaa...

Xboleh nak masukkan gambar..waaaaa..tula tangan gatal tekan macam2 kan dah xbleh nak masuk gambar...huhu...nak kena pikir lak camna la nak bagi boleh masukkan gambar ni..tension tension dengan perbuatan sendiri..huuuuuuh

Thursday, November 22, 2012

Family day di Damai Beach Resort and SPA

Ni salah satu aktiviti yg ada masa family day tu. Bersungguh- sungguh aku balut kawan aku dengan tisu untuk jadi pakaian mumia.hihi..semua gambar boleh tengok kat bawah yer..cantik x kawan aku bila siap dipakaikan pakaian mumia..siap koyak2 lg tu yg ditahan tu.tp mmg sporting abis la kak ni. Kumpulan kami dapat nombor 2 kot,kalau xsalah.tp menang la..hihi.macam xcayakan.

Time tu damia lak dok main gegelung ntah lupa lak apa nama sebenarnya. Damia berkawan dgn zakuan, kawan sama taska..macam2 aksi Damia time ni. Delisha lak bersama abah sebab mama dok layan aktiviti. Nasib mood budak kecil ni ok kalau x jgn harap dapat join sekali.

Xbanyak gambar masa family day ni sebab bila anak dua susah la nak bergambar sibuk kawal anak jer.rasa rugi gak xdpt nak bergambar sebagai kenangan sebab tempat ni mmg cantik sgt. Tp xpela nak buat camna..

Harap2 holiday minggu depan dapat la kumpul koleksi gambar sebab ada photografer xda tauliah ada bersama dgn kami..x sabar rasanya nak pergi sana..pergi mana???tunggggguuuuu...













Wednesday, November 21, 2012

2 beradik...

Ni gambar kakak dengan adik...kakak ni diva, adik lak ratu..hihi..gelaran untuk diorang..alhamdulillah kakak sekarang dah xbrapa jeles dgn adik dah.nak jeles pun skit2 jer..Best kan kalau ada anak dekat2 camni..seronok tgk diorg membesar sama2.

Kadang2 tu mmg xmenang tangan gak.tp semua tu kejap je..pas diorg dah besar skit dah ok.lgpun kesihatan (asma) aku dah ok skit xla macam dulu lg..hampir setiap hari kena asma.pantang buat keja kalut @ penat skit mmg kena serang asma.tp syukur la dengan amalan minum madu baru ok skit asma aku..tu pun kadang lupa gak..hihi..kalau betul2 aku amal ni mesti terus baik tp dgn izin Allah la. Ooooi dah melalut dah aku ni..

Tahun depan si kakak dah pergi tadika..saja nak antar awal takut dia bosan dok taska je..pas abis waktu tadika masuk taska balik..separuh hari je la.



Delisha dah 8 bulan

Hari ni genap la delisha 8 bulan. 21 Mac - 21 Nov. Kejap jer rasa masa ni berlalu. Xpuas lg nak gomol2 delisha masa baby2. Sekarang dia sgt la aktif. Pantang letak kat bawah habis semua tempat dia jelajah. Tempat paling dia suka kat wayar2 yg banyak.. Risau mama ni lambat lepa skit mmg dia dok main kat situ.huhu..mmg xbleh biar sendirian bahaya oooo.. Tu baru pandai menjulur lum merangkak lg. Laju dia menjulur kalah abg2 askar yg training tu. ;)

Delisha masih slim, badan dia susah nak naik. Ni spesis mcm aku gak la susah nak naik badan.huhu.Kalau paksa dia makan mesti nangis. Damia ikut abah, Delisha ikut mama..hihi..tu dr segi badan je..

Lama xupdate dah bersawang blog ni..xda idea nak menaip..padahal hari2 buka blog n BW.huhu







P/s. Xsabar nak g holiday minggu depan....



Sunday, October 7, 2012

Selamat hari lahir

Hari ni ulang tahun hubby ke 30..semoga abg panjang umur dan dimurahkan rezeki..semoga rumahtangga kita kekal hingga ke akhir hayat.terima kasih untuk segalanya..sayang abang dunia akhirat.

Monday, July 30, 2012

Selamat Hari Lahir Nur Damia Humaira ke 3

Hari genap umur Damia 3 Tahun. Hari ni dia celebrate besday dgn kawan2 dia kat taska. Aku dan hubby dah tempah kek tuk dia.Ni la 1st time dia sambut dgn kawan2 dia. Walaupun bulan puasa tp budak kecil ni mmg xpuasa tu yg tempah kek tu. Tahun lepas rasa Damia kecik lg nak sambut. Tahun ni dia dah pandai cakap so boleh la nyanyi sama2..

Mama doakan kakak mia sihat dan menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat..kehadiran kakak menyerikan lagi hubungan Mama dgn abah..

Kakak jangan merap2 erk... Kakak kan dah besar.. Sayang sangat kat kakak..

Wednesday, June 13, 2012

Testing testing testing

Saja nak try post guna iPad,tp pandai nak letak gambar camna plak.huhu.ada sapa nak bantu.. P/s budak baru belajar

Monday, June 4, 2012

Gelak..

Ini budak dah pandai gelak mengekek..


Hari ni genap delisha 75 hari. Hari ni jugak Delisha dah buat satu kejutan dia dah boleh gelak mengekek. Sebelum ni senyum sampai ternganga je dan xda suara yg keluar. Tiba2 td dia boleh gelak dengan suara skali macam org besar ketawa. Ni la detik2 yg ditunggu.

Miles stone;

New born: 2.47 kg
1 month : 3.2 kg
2 month : 4.1 kg

Walaupun Delisha ni kecik tp badan dia naik setiap bulan. Dia x semontel kakak dia. Apa pun mama sayang kalian berdua.




P/s mama harap Delisha dapat kurangkan nangis ye nak. Huhu


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 26, 2012

Budak nakal..

Ni la budak nakal..comel kan..


Budak ni anak buah aku a.k.a anak kakak aku. Kakak aku crita iqmal (nama anak sedara) ada hobi baru. Dia akan punggah barang yg diletakkan dalam laci pastu dia masuk dalam laci tersebut dgn muka xbersalah.hihi.

Mmg nakal ini budak..umur xcukup setahun lg.ish ish ish kecik2 xpela nakal orang kata comel jgn besar nakal dah la.


P/s cucu mak tok tahun ni dah 5 org..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 25, 2012

1st time makan Tutti Frutti

Ni satu2nya outlet tutti frutti kat kedah. Tu pun kat area Sungai Petani tempat lain lum ada lg.

1st time cuba tersalah pilih ais krim.huhu. Terambil yg rasa masam dan rasa mcm susu basi.huhu.xsedap langsung utk anak tekak aku.nasib pilih 2jenis ais krim, lg satu tu perasa coklat mmg sedap la.


Akhirnya ais krim yg xsedap tu jadi habuan tong sampah. Bazir bazir..ok la pasni ada org tanya penah mkn x tutti frutti boleh la jawab..ngeh ngeh.



P/s tekak setiap orang berbeza.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 24, 2012

Kembar ke?

Ni gambar Damia dengan sepupu dia (Adam)


Kalau tengok gambar kat atas tu mcm kembar x diorang ni.hihi. Kembar kat baju je yg lain x pun. Tp masa kat klinik haritu ada orang kata diorang ni adik beradik, beza diorang ni setahun je Damia 30 julai 2009 manakala Adam 8 julai 2010.


Diorang nampak je mcm mesra tp kuat gaduh gak. Taiko dia mesti la Damia..Damia mmg sgt protect diri dia xleh org sentuh skit pun tambah2 budak2 sebaya dia. Pastu Damia ni kuat ngadu, skit2 ngadu. Kadang2 tu propa je. Ish ish ish anak oh anak.


P/s Damia masih pakai pampers lg, bila nak ajar pun xtau.huhu




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 23, 2012

Tok

Ini gambar pak lang n ayah saya


Gambar ni diambil sebagai kenangan. Yang lucunya bila tanya damia sape dia dalam gambar ni dia jawab...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Ni nenek (sambil tunjuk gambar sblh kiri) dan ni ayah wan (sambil tunjuk gambar sblh kanan)..aku tergelak besar bila dia gtau pak lang tu nenek.hihi.sepatutnya damia kena gtau ni tok lang tp disebabkan dia nampak tok lang tua kot dia kata nenek. Pak lang aku mmg dah tua tp masih sihat boleh berjalan sana sini lg. Dia bekas guru dulu dan sekarang wakil takaful. Sape nak insurans takaful leh jumpa dia..




P/s masa bergerak dgn pantas skali tanpa menunggu kita.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Cucuk untuk 2 bulan - Delisha

Hari ni nak p klinik kesihatan jalan Datuk Kumbar untuk cucuk Delisha yang 2 bulan punya. Minta2 la cepat. Masa sebulan haritu pergi pukul 845 pg balik rumah dan pukul 130 tghari. Lamanya..bukannya lama diperiksa tp lama menunggu.huhu

My hubby suruh p awal harini jadi org 1st mesti cepatnya. Ni tgh prepare2 nak pergi la. Aku lak tengah semput ni. Huhu. Ok bye..nak cargas dulu ni..nak jd orang pertama menunggu kat depan klinik kesihatan.hihi





P/s rasanya baby demam x tuk dos kali ni..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 22, 2012

Budak hisap puting

Ini budak telah cipta sejarah bilamana dia sorang saja hisap puting masa kecik. Semua org dlm famili aku mmg xda yg hisap puting.

Masa kakak dia masih baby pun xnak hisap puting walaupun disumbat pasni menolak. Kakak dia semua jenis puting dia xnak.

Mama harap baby delisha xlama hisap puting. Bila abis fasa menangis dia kita cuba berhenti erk hisap puting.




P/s betul ke hisap puting boleh jongang gigi??


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Abah mithali

Tu dia..abah dengan anak2nya.

Gambar ni di ambil sebelum bertolak ke rumah tok wan a.k.a nenek damia n delisha. Ni 1st time delisha nak jumpa nenek dia.


Tengok gaya seorang abah melayan kedua2 anaknya. Delisha kejap je dgn abah dia sbb dia puteri nangis.hik hik hik. Dia xleh dok lama2 dgn org lain mesti nangis. Disebabkan dia kuat nangis terpaksa la sumbat puting.


P/s setiap anak xsama perangai.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tidur-tidur ayam

Budak tidur-tidur ayam.


Delisha dah tidur lama siang td, so mlm ni dia mcm xnak tido. Tp nak duduk dlm buai je. Bila angkat letak atas tilam nangis lak. Pandai dia mengajar mama dia asyik nak berhinjut je. Bila buai berhenti hinjut terus jaga dan merengek.huhu..


Pukul bape lak la dia nak tdo ni. Mama dah ngantuk tahap gaban dah ni. Si kakak lak xnak tido lg. Alamatnya mama jadi burung hantu lg la mlm ni.




P/s demi anak mama turutkan juga.huhu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 10, 2012

Budak bertuah | x tidur petang

Ini la budak bertuah tu...


Gambar ni fresh sgt baru je amik xsampai seminit lg..hihi. Ini budak xtidur petang begini la jadinya. Lepas mkn nasi (abis sepinggan-xpernah2 makan byk cmtu) dia merengek2 nak tengok pororo. Kartun yg dia suka selepas Upin Ipin, Boboi Boy dan Doreamon. Kartun ni baru je dia suka tgk selepas astro bagi free semua chanel,dia tgk dgn mak su terus berkenan. Astro kat rumah mak tok xda chanel kartun so bila dah abis tempoh 10 hari yg astro bg xdpt la tgk lg. So selalu la dia dok merengek2 nak tgk pororo. Nak tgk melalui you tube lak internet mcm siput.huhu..sian damia xleh tgk kartun.

Disebabkan xtidur petang dan xleh tgk pororo dia pun tidur mcm gambar kat atas tu. Kesiannya kat anak mama ni..








P/s budak sekarang dah pandai minta nak tgk kartun yg dia suka je.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 9, 2012

Damia dan Delisha

Damia sungguh2 nak riba adik dia.


Dengan kehadiran adik ni,Damia ambil masa seminggu lebih juga untuk menerima kehadiran adik dia. Pada mulanya dia amat jeles bila mama pangku adik. Semasa mama dihospital selama 3hari Damia jadi pendiam. Bila datang melawat pun Damia xbanyak bercakap, diam je. Sedih gak tgk Damia camtu. Memang selama ni Damia xpernah berpisah dgn mama.
Tidur pun xpernah 1mlm pun tanpa mama.

Akibat terkejut Damia demam agak lama rasanya seminggu lebih gak. Badan dia mmg panas sgt tambah2 bila malam. Dah la xnak mkn ubat, bagi pakai cool fever n tuam badan dengan air je. Bersyukur sgt minggu ke2 Damia kembali sihat.

Yang bagusnya Damia ni dia xpernah nak buat adik baik je. Harap2 sampai bila2 la camni. Cuma bila adik nangis dia pun nangis minta perhatian. Kadang2 mama xtau nak wat camna nak marah Damia, dia kecik lg dia xfaham.

Mama harap Damia dapat jaga adik dan adik menyayangi kakak sampai bila2. Jangan bergaduh sesama adik beradik.



P/s pertalian darah tidak dapat diputuskan hingga akhir hayat..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Balik rumah

Umur saya 3hari pada 24 Mac 2012


Sepanjang mlm saya xdpt tidur, maybe sbb perubahan tempat. Disebabkan saya xdpt tidur mama dan semua org dalam rumah pun xdpt tidur juga. Saya menangis je malam tu tp peliknya kakak damia boleh pulak tidur walaupun saya bising. Jadi pada keesokan harinya semua orang tidur sampai ke petang sbb mengantuk sgt.hik hik hik.semuanya gara2 saya la.


Sori mama, abah, tok dan kakak damia, adik xsengaja ;)








P/s bila lg nak dpt pengalaman mcm ni. Walaupun penat dan xlarat semua ditempuhi jua.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 8, 2012

Pengalaman melahirkan anak kedua-part 2

Pagi tu nurse datang bawa baby. Ini la episod aku menjadi mama tuk 2 orang anak. Aku memang teruja sgt nak tgk baby sbb dari smlm lg xdpt nak tgk. Bila amik baby je aku tgk muka baby macam kakak dia juga. Baby aku alahai kecik je padahal kakak dia dulu lg kecik sbb 2kg je.


Bila baby dah ada dgn aku,smua urusan baby aku la kena uruskan. Cuba bayangkan aku baru je pas operate mmg la susah sgt nak bangun sbb teramat sakit bekas kena bedah.huhu. Tp aku kuatkan semangat uruskan baby. Aku amik langkah mudah letak baby atas katil bersama aku jadi senang la xyah la aku bersusah payah nak amik baby dari troli dia. Aku bersyukur baby xda banyak karenah sgt.alhamdulillah.


Bagi ibu2 yang kena ceaser memang kena menginap di hospital selama 3 hari, tu pun bagi ibu2 yang xda masalah selepas bedah. Aku memang xboleh duduk lama2 kat hospital rasa macam aku ni sakit teruk je. Alhamdulillah aku xda apa2 masalah dan baby pun xda masalah. Aku duduk hospital 3hari 2malam je, tu pun aku rasa mcm dah berminggu2 aku dok di hospital.


Aku discharge pada pukul 530pm.. Nak discharge pun lama, kena tunggu giliran.hihi. Aku nak berterima kasih kepada doktor2, nurse2 dan nurse2 praktikal yang banyak membantu aku sepanjang berada di hospital. 2 kali bersalin di hospital ni banyak pengalaman yang dirasai. Untuk kali terakhir bersalin nanti aku harap dapat bersalin di negeri kelahiran aku pulak xpun di hospital di semenanjung.;P



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Orang baru dalam keluarga saya..

Ni la my new baby..

Baby girl.
Berat 2.47kg.
Lahir di hospital umum sarawak.
Lahir pada pukul 1129pm secara ceaser
Nama baby Nur Delisha Izzara






P/s welcome my new members in the family.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 7, 2012

Pengalaman melahirkan anak kedua

Ni la muka orang yang hendak bersalin.


21 Mac 2012 (Rabu) adalah hari semua pelajar SPM 2011 berdebar-debar kerana result SPM akan keluar pada pukul 10 pagi.


Aku pulak pergi sekolah seperti biasa. Hari ni aku ada kelas pukul 830 jadi aku pergi ke kantin dulu untuk mengisi perut. Aku memang dah biasa makan nasi terus sbb aku turun ke kantin sekali je sehari. Masa lain memang xsempat nak turun mkn dah. Majoriti cikgu kat sekolah memang turun sekali je ke kantin.


Tepat kul 830 pagi aku naik ke kelas untuk mengajar kelas tu ditingkat 4. Waa memang letih la naik atas bagi orang yang mengandung (tunggu masa je nak bersalin) menapak ke tingkat 4. Aku pun mengajar seperti biasa. Masa aku tengah mengedarkan buku latihan pada pelajar tiba2 aku rasa mcm je (ada bunyi pop) jadi dengan rasa xpuas hati aku pergi ke tandas takut dah ada tanda2 untuk bersalin. Bila pergi ke tandas check2 xda apa2 pun, jadi aku naik semula sampai je kelas tiba2 ada air yang keluar meleleh di kaki. Aku apa lagi risau bebudak nampak je so aku minta diorang siapkan kerja dan aku terus turun ke bilik guru. Aku tepon hubby bgtau yang dah ada tanda nak bersalin. Berdesup hubby dari bandar kuching ke sekolah aku. Kebetulan hubby ada taklimat di hotel mana tah.xsempat nak dengar taklimat terus keluar ambil aku. Aku pergi pejabat bgtau aku nak balik sbb dah ada tanda2 nak bersalin.


Pukul 950 gitu, hubby sampai terus pergi hospital. Masa tu ramai pelajar dah mula datang nak ambil result. Aku risau je baju aku basah nanti pelajar tegur lak. Punya la aku takut basah aku berdiri sampai la hubby sampai.haha lucu rasanya. Aku xrasa sakit pun. Hubby yang risau, bawa keta serupa pelesit dah laju kemain-takut bini dia bersalin dlm keta kot.hihi.


Sampai je hospital terus pergi daftar. Ya Allah lama gila menunggu nak masuk. Biasa la hospital kerajaan. Pukul 2 baru aku masuk tuk di check. Lepas check bukaan baru 2cm doktor suruh p wad sbb maybe lambat lg nak bersalin. Sampai je kat wad tukar baju semua dok rehat2 atas katil tanpa rasa sebarang sakit. Masa ni lapar sgt suruh la hubby beli nasi. Lepas mkn segala doktor dtg tgk aku punya kad. Lepas dia dok sembang2 dgn doktor praktikal ttg apa tah aku pun xfaham. Doktor bgtau ke nurse suruh antar aku kat bilik bersalin. Aku pun pelik baru je sampai sini nak kena naik atas blk.huhu.


Bila dah masuk bilik bersalin tiba la masanya tuk macam2. Aku xsuka bila doktor nak check laluan bersalin. Wah sakitnya xtahan aku. Doktor bgtau aku disebabkan air ketuban dah lama dah pecah so dia nak induce. Masa anak 1st aritu diorg masukkan ubat kat bawah tp kali ni dia masuk ubat guna drip. Mmg sakit sangat time ubat tu masuk. Kali pertama masuk aku masih xbrapa sakit gitu2 je. Xla terlampau skt pun cuma rasa baby start ngeras je. Doktor x puas ati sbb jalan xbuka lg. Diorg masuk ubat tuk kali ke 2. Masa ni doktor lelaki masukkan ya Allah kasarnya sampai aku nangis dan pegang tgn doktor perempuan xlepas2. Xsampai 2 minit ubat masuk tiba2 denyutan jantung baby dlm perut jadi lemah. Apa lagi doktor semua kelam kabut suruh aku dioperate takut baby lemas katanya.huhu. Aku kalau boleh nak bersalin normal tp baby lemas terpaksa di ceaser untuk kali ke 2. Kalau kali ke 2 ceaser nampak gaya nya aku xleh ramai anak la.huhu.


Dalam kelam kabut tu doktor minta aku tandatangan untuk bersetuju untuk di bedah. Aku dah xda pilihan ikut je la. Lepastu aku dibawa ke bilik bedah dan dicucuk 2kali untuk bius kot. Kali ni aku kena bius penuh dan aku memang xsedar langsung apa jadi pastu. Yg aku sedar diorg gerakkan aku. "Puan,puan bangun"sambil kuis2 tangan aku. Masa ni aku sedar terus rasa sakit diperut. Macam kena hiris je perut.huhu. Xtau nak ckp cmna sakit tu.aku rasa mesti ubat bius tu da abis. Aku ditolak masuk wad. Masa ni aku lum tgk lg baby. Aku amik kesempatan untuk tidur secukupnya sblm diorg antar baby tp xleh tidur sgt pun kejap2 nurse dtg bg ubat suruh mkn.huhu. Esok pagi baru diorg antar baby dekat aku.

Ok la nanti sambung lg.. Bye..

P/s entry paling panjang yang ada kat blog ni. Hihi


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 3, 2012

Happy Birthday to me

Dah lama xupdate blog.byk benda nak di cerita tp masa mencemburi diri ini..hihi-(alasan)


Hari ni genap la umur aku 29thn. Tahun ni adalah tahun terakhir untuk 2 series sblm melangkah ke 3 series.cepatnya masa berlalu. Rasa mcm baru je abis belajar.

Diharapkan tahun ni segala urusan dipermudahkan. Diberikan kesihatan yang baik dan dilimpah dgn rezeki. Diharapkan diri ini disayangi oleh suami n anak2..amin..



P/s insyallah nak update story ttg baby baru.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, February 28, 2012

2 tahun 7 bulan

Semenjak dah boleh cakap ni..damia semakin pandai minta mcm2.kadang xlarat nak layan.ada je yg dia nak xleh tgk mama n abah relax.kejap2 nak air ribena,biskut la,coklat la,buah la.mcm2 kuar dr mulut dia.

Sekarang ni citer upin ipin mmg tiap2 hari nak tgk.nasib la tv boleh rekod.rekod byk2 stok tuk damia.haha.yg xtahannya celik2 mata je nak tgk upin ipin.naik jemu dok ulang yg sama je.

Sekarang pandai minta nak tgk tv besar (wayang la tu).baru 1st time bw dia leh minta nak g tgk lg.camna nak bw p tgk aku dah xlarat nak bw perut dah.hihi..lain kali yer damia.haha

Erm lama xciter pasal damia..dah xlama dah damia nak tukar status kakak lak.lg 5 minggu je lg.doakan aku semoga mudah bersalin yer.suspen gak sbb xpenah bersalin normal.minta2 la dipermudahkan.aminnnn

Sunday, February 19, 2012

Preggy 33 weeks

Ni lah mak buyung bila masuk 8 bulan.pregnant kali ni badan ku xnaik byk sgt.2minggu lepas timbang 55kg dan minggu ni timbang hanya naik 55.8kg.masa damia dulu berat aku dah melebihi 57kg time ni.pastu terberanak terus.


P/s banyak keja tp xda mood langsung nak buat..huhu

Palm Beach Resort, Sematan

Aku dah 3 hari 2 malam di resort ni.bukannya pegi bercuti tp pegi sbb my hubby ada meting kat sini.


Aku mana leh tinggal sorang dah skrg sbb aku hanya tunggu masa je nak bersalin.aku kan ada sejarah bersalin premature so xberani la aku dok berdua je dgn damia.buat aku nak terberanak camna?haha


Resort ni mmg cantik la..pantai dia lum tercemar masih ada siput2 yg cantik kat tepi pantai dan masih hidup.aku pun 1st time tgk siput ni berkejaran di tepi pantai.:)


Pantai dia sgt landai..xbahaya tuk mandi aku rasa.tp time ombak ok la.kalau ombak dia besar n bergulung aku xberani la nak mandi.aku kan spesis takut nak mandi pantai.takut ombak tarik aku ke tgh laut.hihi.


Jom cuci mata tgk gambar2 kat bawah ni..