Monday, June 20, 2011

Pengalaman memancing di laut

Pada cuti sekolah yang lepas my family + MIL + adik aku pergi Langkawi. Tujuan utama aku pergi sana adalah untuk bawa my MIL melawat anaknya a.k.a abang hubby aku (abg am).

Pada 31 Mei 2011, my hubby ajak aku pergi memancing kat laut..mertua abang Am ada bot dan ajak kami pergi memancing. Kami bertolak pada pukul 230 ptg. Masa tu semua orang kelam kabut sebab air dah mula surut. Kalau air dah surut bot xdapat nak bergerak. Jadi kami semua bergegas ke jati. Sebelum bertolak dari rumah kami semua telah menelan ubat tahan muntah takut mabuk di laut.

Inilah jeti tempat parking semua bot.haha..cuba tengok keadaan air yg mula surut.

Mak Cik (MIL abg Am) + Aku + MIL

(My MIL siap pakai kain batik je,ni gara2 xsempat nak tukar takut air surut.haha)

My Hubby (cuba tengok banglow besar kat belakang my hubby,

tu lah rumah Tan Sri apa tah, aku dah lupa... :P)

Tuan tanah mesti ada (org lain pergi laut semua pakai baju buruk2 je tp aku bergaya lak..hehe..xsempat nak salin baju just tukar seluar je)

Keadaan laluan semasa proses nak keluar dari pangkalan jeti..air semakin surut dan membimbangkan semua orang dalam bot..tp alhamdulillah bot berjaya dikeluarkan.

Muka happy sebab bot berjaya dikeluarkan..

keadaan laut yang banyak dikelilingi oleh pulau2..yer la kat langkawi ada 99 buah pulau mau x banyaknya..

ini lah tuan punya bot a.k.a FIL abg Am a.k.a driver kami.. :)

masa ni tengah cari tempat nak memancing..pancing xguna rod k guna tali je..

berada di lautan..

Inilah ikan pertama dari hasil tangkapan aku..(jangan tertipu dengan gambar itu..sebenarnya ikan tu kecik je..ikan kerapu ni)

Aku di laut sampai malam..malamnya kami nak tangkap sotong..tp tunggu punya tunggu xda lak sotong yg nak datang.huhu..kami semua hampa..kata pak cik air laut berombak jd xda sotong la..dah banyak tempat kami tunggu last2 ambik keputusan balik je la.

selalunya kita makan je makanan laut, rupanya nak tangkap ikan ni bukannya perkara semudah abc..tp susah gak dan ikut juga nasib..kadang2 hasil tangkapan lumayan dan kadang2 sebaliknya. semuanya dari-NYA..

gambar masa di malam hari xda..sebab aku dah xtahan pening sgt kerana bot berada dalam keadaan terhoyong- hayang..huhu..rugi sangat..aku pening mungkin ubat yang aku makan tu dah abis kesannya.huhuhuhu



p/s pengalaman memancing di laut memang xdapat dilupakan..kalau diberi peluang kedua aku kena fikir 2,3 kali nak pergi. :P

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment