Friday, February 8, 2013

Rumah masuk pencuri kali ke 2

Ya Allah..balik je rumah td dlm pukul 1230,hubby buka pintu rumah tp xleh nak buka.rupanya ada org kunci dr dalam.aku mmg dah syak msti kena pecah masuk lg ni..hubby pun tgk melalui tingkap suis lampu bilik utama terbuka.mmg comfirm kena pecah masuk ni..so hubby pun p la belakang rumah nak check..mmg comfirm rumah kena pecah masuk bila tgk tingkap bilik terbuka. Pencuri tu dah potong grill n masuk guna bilik utama.


Dan suspek utama adlh tukang potong rumput sbb apa hubby ada minta tukang potong rumput tu potong rumput belakang rumah..sbb dah terlampau pjg. Pastu hubby g airport antar kwn dia..aku rasa tukang potong rumput tu buat 2keja dlm 1masa.


Benda yg hilang adlh DSLR yg baru bli n xsampai stgh tahun guna dah kena curi.pastu PS2 hubby pun kena amik..yg paling xtahan skali perfume aku baru bli lum sempat guna pun diorg kebas. Handset n70 pun dikebas gak.Masa kali pertama aritu perfume hubby dicuri. Kali pertama aritu abis brg kemas, duit syiling,ipad,laptop kena curi nak dekat rm20k gak la rugi.kali ni nak dekat rm5k..mmg dah xda pape pun dlm rumah ni nak dicuri pasni. DSLR aku simpan dlm beg blk kg siap lock lg pun dpt diorg dpt buka.diorg koyak terus beg tu.mmg dah kena bli baru la.xleh nk guna.huhu.


Tahun lepas macam2 ujian aku hadapi..sbb tu la thn lepas aku kurang update.mood ke laut..n stress sgt.



P/s insyallah apa yg berlaku ni ada hikmahnya..walaupun hatiku sedih dgn apa yg berlaku,tp aku redho sbb smua ni dah ditentukan oleh Nya..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 7, 2013

Balut buku

2 minggu lepas Damia bawa balik 10 buah buku. Rasanya buku tu di guna sepanjang tahun ni kot. Bila aku belek2 buku tu rasa mcm susah je, yela budak 4 tahun nak jawab soalan camtu. Memang standard tadika sekarang camtu kot. Insyaallah Damia dapat belajar dengan baik la.


Tugas aku mesti la kena balut semua buku2 tu. xkan nak suruh hubby lak mesti dia xnak. Cari2 ada pembalut buku lebih. Apa lagi terus semangat nak balut. Bila start balut rupanya xcukup plastik pembalut tu terpaksa hubby keluar pergi beli. Bukan setakat balut buku sekolah Damia abis semua buku hubby aku balut. Dah lama xbuat kerja2 mcm ni. Best pulak rasanya. Last balut buku ni rasanya time sekolah2 dulu je.rasanya dah 13 tahun tinggal. Bila anak dah sekolah baru dapat merasa balik nak balut buku ni.

Jom layan gambar kat bawah...





Wednesday, February 6, 2013

Comelnya dia

Gambar ni baru je amik..delisha jenis langsung xmau pakai apa2 barang perhiasan.tambah2 benda kat kepala dia, topi ke,cekak ke,reben ke comfirm xsampai seminit dah dia amik buang. Mmg spesis xsuka berhias dgn benda2 camtu.


Masa kecik xpela xpandai nak capai lg. So dia terpaksa redho je la mama dia wat pape pun. Bila dah besar no no no jgn letak pape kat atas kepala saya, saya xsuka yer mama..haha camtu kot kalau dia dah pandai ckp n gtau mama dia..

Gambar tu 3 keping je dapat snap pastu dah dibuang terus cekak tu..sblm nak snap siap umpan kata 'kacaknya dia'(dlm bhs srwk - cantiknya dia) baru tersengih2 org puji..apa la adik ni..nak kena puji baru nak senyum erk..






P/s aku n hubby org kedah anak org sarawak.. 2 kedah 2 sarawak.. Hujung tahun ni try apply tukar lg..harap2 dapat la pindah..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 4, 2013

Kenangan bersama kawan2 BTP 2001 - 2005

Ni la gambar kenangan semasa belajar dulu. Kalau xsalah smua kawan aku ada dlm gambar ni.pelajar lelaki mmg skit maybe sebab kos pendidikan kot.

Skrg semakin maju kami semua berhubung dgn group kat whatapp..walaupun lum buat reunion lg tp kami tetap berhubungan..best dapat bertukar2 cerita.

Rindu kamu semua..


P/s kenangan semasa belajar paling best..kalau boleh diputar semula msti best kan.enjoy sgt.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone