Thursday, November 4, 2010

setahun 3 bulan 5 hari



  • gigi masih 6 batang lg.lum nampak ada penambahan gigi lg buat masa terdekat ni.
  • sangat petah bercakap dalam bahasa german n perancis (sampai sepatah pun mama xfaham)
  • sangat pandai merajuk sambil membenamkan muka di lantai. ntah tiru gaya sape tah.
  • suka bermain dengan ball n frog.
  • dah faham bila mama bg arahan. cth: Damia pegi amik ball tu.
  • very de manja. xbleh marah sket nanges xhengat. walaupun hanya dengan tegur 'haippp' jer apatah lg bila mama jegil mata lg la dia nanges dgn sekuat hati tp senang di pujuk (hanya sumbat susu jer terus diam..hehe).
  • damia sangat takut utk melangkah so dia lum pandai berjalan lg. Damia jangan takut2 erk kalau jatuh nnti mama tlg angkatkan..hehe
  • pas cukur jambul sampai sekarang lum pernah potong rambut lg.
  • nak berjalan bila dipimpin tangan tp msti pegang kedua2 belah tangan kalau x, xnak jalan terus duduk.
  • dah mahu duduk dalam stroller dalam masa yg lama.kalau x 10 minit duduk dah minta angkat.

tu jer yang mama ingat..nnti kalau ada perubahan yg lain mama update lg erk..




p/s cepatnya masa berlalu..dah hujung tahun dah..lg 2 minggu dah start cuti sekolah..huhu tp thn ni cuti xlama sbb kena jaga SPM..xbestnya...

Friday, October 29, 2010

atas permintaan adik aku..

Hari ni adik aku request nak glamer dalam blog aku yang xbape nak glamer ni..untuk menunaikan permintaan adik aku ni, N3 kali ni khas tuk adik aku kat Indon tu yer..pasni kalu nak glamer lg apa kata wat blog sendiri..hehe..

Adik aku ni namanya Nurul Liyana Mohd Yusof..Skrg berada di Jakarta, Indonesia. Bakal doktor ni..mmg dari kecik cita2 dia nak jd doktor..tp yg peliknya dia ni takut nak jumpa doktor tambah2 bila nak amik darah..aku pun xtau dia ni darah apa, sama dgn aku ke x??aku ni xpandai sangat bab2 biologi ni.aku kan xpenah blaja..haha..

Nak tau mana satu adik aku ni??kan adik aku ada 3 org..so ni la picture dia..
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
tadaaaaaaaa....yg pakai tudung purple tu..pandangan sisi...

kalu xjelas tekan bawah lg..

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

ni la bakal doktor..ada rupa doktor x??siap peace lg tu..xhengat..


Ni la dia adik2 aku..1, 2 n 3..
nuda (adik no 2) , idayah (yg kecik) n nuanna (adik pas aku)


adik2 aku ni mmg suka posing depan kamera..kalau dapat kamera jer sure gambar diorang je dalam tu..nyampah tul wat berat laptop aku jer..nak buang sayang lak..yela kenangan..tp malaih la aku nak upload gambar diorg byk2 dalam blog ni..sori k adik2 aku..

Dah la malas nak citer byk2 tentang budak sorang ni..hehe..jangan marah..kalu ada permintaan lg insyaallah aku tunaikan..tp kalu dah byk sgt malas la aku...



p/s adik aku ni slalu bawak balik makanan dari indon ada yg sedap ada yg xsedap tp dia kata sedap..tu ayaq kotak tu dari indon la tu..xsedap wei..tp dia kata sedap..buweeeeek..xkena dgn citarasa aku..



Thursday, October 28, 2010

Bapak punya besar

Jangan salah sangka erk..ni bukan N3 lucah k...
G ni citer dia..masa aku dok layan gambar2 yg baru di upload masuk laptop..
tiba2 terjumpa la picture ni...
cuba korang teka apa yg bapak punya besar??
teka cepat....
xtau erk..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ok ni la pict tu..haha..betul x aku kata besar gila kan sotong ni..sotong ni ayah aku yg beli..beli sekor jer tp bleh 2 kali makan..besar siot sape nak abiskan kalu masak semua..
disebabkan sotong ni gak la aku dapat merasa masakan ayah ku yang sedap sampai menjilat jari..yummy2..tp kalau ayah aku kat dapur msti dapur tu berselerak..ni la penangan bila lelaki turun dapur..hehe..tul x ayah??


p/s camna erk kalau my hubby turun dapur??

Monday, October 11, 2010

Holiday Kota Kinabalu Part 1


Dah lama aku n hubby x g holiday..bz sangat kot..lgpun cuti kami xsama so xdpt la holiday..last g holiday bulan disember lepas..g Langkawi sempena 2nd year anniversary..tp bukan berdua tp 2org adik aku pun ikut skali + my MIL..adik aku (dok indon tu xpenah g Langkawi, kesiankan..haha) so bawa je la..

Holiday kali ni kami pergi bertiga..mmg terasa bahagia sangat yer la xda org ganggu..(ganggu sgt ker kalu bawa org lain..kalu ada yg lain bleh jd bibik Damia kan..tul x adik2 ku..haha..jgn marah)

Kami bertolak dari Kuching pukul 9.50pm (Jumaat, 08.10.10) dan sampai airport Kota Kinabalu dalam pukul 11 pm..so terus amik teksi ke Promenade Hotel..mmg cantik sangat hotel ni...tp nak jadikan cerita nama my hubby xda dalam booking list..huhuhu..tension giler time tu..yela dah tgh malam..so my hubby keluarkan kertas booking dan segala bagai untuk membuktikan kami dah booking...rupa2nya bukan Promenade Hotel tp Promenade Apartment Hotel la..rupanya kawan my hubby tersalah booking..dengan muka tension kami pun pergi la Promenade Apartment Hotel yg terletak di belakang Promenade Hotel..

Ada lg episod sedih bila sampai jer Promenade Apartment Hotel rupanya apa yg kami bayang sebelum ni menjadi hampa yela ingtkan hotel tp apartment je..dah la mcm dok flat je aku tgk..huhu..tp nak wat camna dah booking + tgh malam takut la plak..so check in jer la..mahal giler dr hotel...murah lagi kalu aku dok Promenade Hotel yg 4star tu.. malaih aku nak cerita..wat sakit hati jer..dah la fullstop pasal hotel kita sambung pasal holiday lagi best...

Selepas sarapan pagi kami bertiga terus siap2 nak g pulau..kami amik teksi ke Jetty Jesselton..pastu terus g kaunter untuk beli tiket ke pulau..pas bincang2 so kami memilih untuk pegi ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi dengan harga RM90 untuk 2orang termasuk life jacket + alat snokerling...Damia free jer..hehe

Jetty Jesselton - Cantikkan permandangan dia..ni sebelum naik boat ke Pulau..belikan Damia pelampung Duck..Happy sangat Damia sbb Duck tu ada bunyi la..

time ni dah dalam boat n gerak g Pulau Manukan dulu..
cuba tgk Damia bila pakai life jacket..Damia dah tenggelam dalam life jacket yang besar..yela saiz kanak2 umur 5thn tu...tp untuk keselamatan so pakai kan jer..

Dah sampai pun Pulau Manukan..Pulau Manukan dah kali ke 2 aku sampai..1st time masa bujang2 dulu..

selepas mencari tempat...so terjumpa gak tempat ni..so apa lg letak2 barang n buka pampers Damia terus la g pantai..aku xla xcited sgt nak snorkerling sbb dah penah snorkerling kat sini..aku nak mndi laut je..tp dukacita gak sbb xmcm mula2 aku sampai dulu ikan nemo berenang2 je tepi pantai tp skrg penuh dgn rumpai je..ikan bilis ada la tepi pantai xcantik mcm dulu dah..tp mybe disebabkan time ni berombak sgt kot..tu la alasan yg diberi oleh tekong boat yang aku naik tu..

aku ingat Damia takut air rupanya x pun..cuba tgk betapa sukanya Damia berenang..

abis abah kena libas dengan Damia..mcm pro jer Damia berenang..hehe

tgk tu..nak berenang je..sampai xnak naik...

makan time...sekejap je dah abis mkn bubur ni..suap ilang suap ilang...hehe..mybe lapar sgt kot yela berenang xmau mau..sambil mkn sambil main snorker..

tgk pas mkn jer terus ngantuk..tgk la nyenyak sgt tido..ni dah sampai pulau mamutik..damia tido dari pulau manukan lg..dia punya tido sampai nak g pulau ke 3 dah (pulau sapi)..tp xleh jd ni kena gerak gak..sbb dia tido dgn baju basah2 tu gak..bila gerak g bawa mndi n tukar baju..terus ke pulau sapi..

Bila sampai Pulau Sapi kami amik keputusan xnak turun la sbb cuaca mcm nak ujan je..takut laut bergelora lak nnti...risau wei..nak g Pulau Sapi pun mcm dah berombak..masa aku ni xda gambar langsung sbb dalam keadaan yg berombak dan xleh nak bergambar la...aku mndi laut lg skali masa dalam boat..abis basah kuyup aku kena air laut..bukan aku sorg, Damia n my hubby gak..kami dok belakang skali mmg basah teruk la..kalu kat depan bahaya melambung tinggi bila ombak kuat..lgpun bahaya untuk Damia la..

Alhamdulillah kami selamat sampai ke jetty gak akhirnya..wei takut wei dok dalam boat tu..asyik berdoa je aku takut boat terbalik..bayangkan la boat dah sama tinggi dgn air..masa nak pegi ok jer..masa nak blk sgt la mencabar...cuaca dah menunjukkan nak ujan..dah gelap dah langit..

time dalam teksi hujan pun turun..sampai je hotel terus mandi sbb daban dah bergetah dgn air laut...



p/s best kan kalu dapat holiday selalu...abg bila nak holiday lg erk???...