Monday, October 11, 2010

Selamat Hari Lahir - My Hubby

Hari : Khamis
Tarikh : 07 Oktober 2010
Tempat : Kuarters Mara Kuching Sarawak a.k.a rumah aku duduk skrg la
(bulan depan dah nak pindah)

Ucapan : Semoga my hubby yang tersayang panjang umur, dimurahkan rezeki dan hubungan kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat.


chocolate cheese cake untuk hari lahir my hubby ke 28..

kek dgn gimik lilin..

Sambut hari lahir ke 28 thn bertiga..
(thn depan masih bertiga lg ke erk..hehe)

eh..nape Damia pandang mama??..
mama cute mcm Damia eh...




p/s Hadiah untuk my hubby dah aku bagi...korang nak tau ke apa??nanti la aku gtau..haha..tunggu


Wednesday, September 29, 2010

Skrg Damia makin pandai tiru gaya org..ye la dah besar kan anak mama ni..skrg pantang tgk buai kosong msti nak g main..kononnya nak buai baby la kot..bila Damia g je kat buai tu dengan gaya nak tido kan baby..apa lg mama pun masukkan la bantal peluk Damia dalam buai tu..konon2nya bantal tu baby la..(bila lg nak layan imaginasi kanak2)..bertambah2 suka la Damia bl ada benda dalam buai yang boleh dibuaikan...okla layan jer gambar kat bawah ni..





suka sgt dia bila mama amik gambar...lg sakan dia posing..


p/s setahun lebih dah Damia...mcm xcaya dah beranak 1..cepatnya masa berlalu..

Monday, September 27, 2010

Main Bowling raya ke 2..

Percaya x time raya pun ramai lg manusia yg suka main bowling..termasuklah family aku..sebelum ni mmg xpenah kami beraya kat pusat bowling ni..tp thn ni my family nak cipta sejarah main bowling di hari raya..walaupun raya ke 2 masih lg mood raya okey...

Damia yang bersemangat lebih dari mama dia..

Ya rabbi ramai betul manusia kat sini..kami sampai sini dalam kul 9.00pm.konon2nya dalam firasat kami smua mmg xramai la org time ni ye la time raya katakan..tp sangkaan kami meleset 100%..bayangkan la nak main pun kena isi waiting list..dah la dalam wating list tu no 24..bayangkan la pukul bape nak main..tp my hubby kata dah alang2 sampai tunggu je la (padahal dia yg bersemangat sgt nak main sbb tulah dia yg sponsor)..Sape bleh teka kami main pukul bape..jgn xcaya kul 1130pm baru kami smua start main..2 game tu..7 org main termasuklah mama aku yg 1st time masuk pusat bowling n pegang bola bowling tu...

Ni dia mama aku yg tengah membaling bola bowling..

Masa ni Damia lum tido lg mak cik2 dia tolong bawa round2 dalam pusat bowling..

ni la result game ke 2..bola banyak masuk longkang dari kena pin...termasuk la aku..padahal slalu gak g main..haha..(gtau jer aku ni xpandai main)

time ni aku n my hubby bergilir-gilir pegang Damia yang sedang hanyut di buai mimpi..
(camna la Damia dapat tido padahal bising giler time ni)

p/s malam tu sampai rumah kul 2.10 am...lewatnya..tahun depan xnak la cmtu lg..

Tuesday, September 21, 2010

Raya Raya Raya

Tahun ke 2 ni, hari pertama raya aku kat umah mentua..ikut sistem giliran..tp aku dah berjanji
dengan famili ku untuk bergambar pada pagi Syawal tu..so balik la kejap ke rumahku..best gak
kalu kawen dengan org dekat ni..(ada sape nak jeles???) pas klik klik baru balik rumah mentua
balik..ok la layan jela gambar kat bawah ni..

My big happy family...

semua bergaya dengan tema bebas cukai..
(ai naaa...apala yang ikbal tgk Damia sampai cmtu skali..pastu napela my hubby n bang Long menonggek sakan tu..)

My Happy Family
(Apa yang direnungkan oleh Damia tu..tgh pikir nape xdapat duit raya lg erk)

bergambar dirumah mentua
(aik nape la dengan mata aku ni..xcukup tido ke..haha)


p/s tahun ni paling banyak makan ketupat n biskut raya..sebelum ni xlayan sangat...