Tuesday, November 27, 2012

Holiday...

Tu dia byk x beg yg kami bawa nak p holiday..hihi..nak kena tunggu flight kul 130 ni..lambatnya..dari Kuching pukul 3 pagi bangun nak siap g airport..kul 4 terus bertolak dari rumah..sampai kl pukul 8 lebih..

Ok nanti aku update lagi kalau ada masa..hihi



Monday, November 26, 2012

Aktiviti hujung minggu...

Tengok la betapa happy nya c adik bila dapat main air..kakak dah ada geng skrg nak main air kalau x main sorang2 je. Tu adik masih kecik lg kalau dah boleh berjalan xtau la camna. Mesti kakak xsunyi lg dah ada kawan bermain. Skrg mama tgk kakak happy jer cuma kadang2 jer nampak dia jelas skit kat adik..

Mama sayang kamu berdua..peluk ketat ketat..:)








Saturday, November 24, 2012

Simpang mengayau...

Tu la jawapan tuk entri yg lepas...simpang mengayau,kudat, Sabah...perjalanan pergi kesana mengambil masa 3-4 jam lebih dari kota Kinabalu..jauh kan..tp sebab jalan dia tgh dalam baik pulih..mmg la mengambil masa yang lama..ditahan ooo dok dalam keta lama2.. Kematu abis vontot aiiii...huhu..tp mmg nak pergi sgt sebab kita berada di hujung tanduk Sabah bila kat situ.. Pemandangan dia mmg la sgt cantik..xdpt nak ucap dengan kata2... Tp kami singgah kejap je xsampai sejam sebab nak bergegas balik ke KK. Takut nak drive malam sebab jalan dia xbrape nak ok..bahaya la..

Nanti aku masukkan gambar yg byk dalam DLSR lg...lum transfer maa..bz sesgt...



P/s Best kan dapat g holiday... ;)


Friday, November 23, 2012

Yahoo.....

Dah boleh masukkan gambar....







Siapa tahu tempat ni kat mana?hihi

Aduhai laaaa...

Xboleh nak masukkan gambar..waaaaa..tula tangan gatal tekan macam2 kan dah xbleh nak masuk gambar...huhu...nak kena pikir lak camna la nak bagi boleh masukkan gambar ni..tension tension dengan perbuatan sendiri..huuuuuuh

Thursday, November 22, 2012

Family day di Damai Beach Resort and SPA

Ni salah satu aktiviti yg ada masa family day tu. Bersungguh- sungguh aku balut kawan aku dengan tisu untuk jadi pakaian mumia.hihi..semua gambar boleh tengok kat bawah yer..cantik x kawan aku bila siap dipakaikan pakaian mumia..siap koyak2 lg tu yg ditahan tu.tp mmg sporting abis la kak ni. Kumpulan kami dapat nombor 2 kot,kalau xsalah.tp menang la..hihi.macam xcayakan.

Time tu damia lak dok main gegelung ntah lupa lak apa nama sebenarnya. Damia berkawan dgn zakuan, kawan sama taska..macam2 aksi Damia time ni. Delisha lak bersama abah sebab mama dok layan aktiviti. Nasib mood budak kecil ni ok kalau x jgn harap dapat join sekali.

Xbanyak gambar masa family day ni sebab bila anak dua susah la nak bergambar sibuk kawal anak jer.rasa rugi gak xdpt nak bergambar sebagai kenangan sebab tempat ni mmg cantik sgt. Tp xpela nak buat camna..

Harap2 holiday minggu depan dapat la kumpul koleksi gambar sebab ada photografer xda tauliah ada bersama dgn kami..x sabar rasanya nak pergi sana..pergi mana???tunggggguuuuu...













Wednesday, November 21, 2012

2 beradik...

Ni gambar kakak dengan adik...kakak ni diva, adik lak ratu..hihi..gelaran untuk diorang..alhamdulillah kakak sekarang dah xbrapa jeles dgn adik dah.nak jeles pun skit2 jer..Best kan kalau ada anak dekat2 camni..seronok tgk diorg membesar sama2.

Kadang2 tu mmg xmenang tangan gak.tp semua tu kejap je..pas diorg dah besar skit dah ok.lgpun kesihatan (asma) aku dah ok skit xla macam dulu lg..hampir setiap hari kena asma.pantang buat keja kalut @ penat skit mmg kena serang asma.tp syukur la dengan amalan minum madu baru ok skit asma aku..tu pun kadang lupa gak..hihi..kalau betul2 aku amal ni mesti terus baik tp dgn izin Allah la. Ooooi dah melalut dah aku ni..

Tahun depan si kakak dah pergi tadika..saja nak antar awal takut dia bosan dok taska je..pas abis waktu tadika masuk taska balik..separuh hari je la.



Delisha dah 8 bulan

Hari ni genap la delisha 8 bulan. 21 Mac - 21 Nov. Kejap jer rasa masa ni berlalu. Xpuas lg nak gomol2 delisha masa baby2. Sekarang dia sgt la aktif. Pantang letak kat bawah habis semua tempat dia jelajah. Tempat paling dia suka kat wayar2 yg banyak.. Risau mama ni lambat lepa skit mmg dia dok main kat situ.huhu..mmg xbleh biar sendirian bahaya oooo.. Tu baru pandai menjulur lum merangkak lg. Laju dia menjulur kalah abg2 askar yg training tu. ;)

Delisha masih slim, badan dia susah nak naik. Ni spesis mcm aku gak la susah nak naik badan.huhu.Kalau paksa dia makan mesti nangis. Damia ikut abah, Delisha ikut mama..hihi..tu dr segi badan je..

Lama xupdate dah bersawang blog ni..xda idea nak menaip..padahal hari2 buka blog n BW.huhu







P/s. Xsabar nak g holiday minggu depan....