Sunday, April 17, 2011

Damia dapat pool

Ni la pool baru damia..


Pool ni aku beli kat Toy R Us, The Spring..Harga RM 39.95. Aku rasa macam murah je sbb sebelum ni aku survey paling murah pun RM 49.90.. tu yang aku rembat terus.aku beli gak pam untuk masukkan angin dalam pool ni kalu x mesti my hubby yg kena tiup..mau kurus kering my hubby pas tiup ni..harga pam ni RM 19.95.

Damia happy sangat bila mandi dalam pool ni..kalu xcaya tgk la video kat atas tu..


p/s kat sini xda water park so belikan pool ni nak bg Damia happy..

Tuesday, April 12, 2011

20 Bulan



  • Damia kuat meragam sekarang terutamanya masa tidur malam..huhu..penat mama sbb xcukup tidur..
  • Damia nak bergantung je bila BF..huhu sakit belakang mama bila camni selalu.
  • Damia dah pandai menyebut perkataan yang disuruh sebut.
  • Dah boleh minta tolong amikkan sesuatu.
  • Kurang makan nasi sekarang. paling banyakkan pun 3,4 suap je..huhu
  • berat 10kg.
  • Suka main masak2 sensorang.
  • Balik taska mesti tidur dulu baru leh main2..
  • sangat garang dengan budak seusia dgn dia.. suka lepuk anak org..huhu
yang ni jer yg dapat ingat buat masa sekarang..


p/s walaupun Damia kuat meragam mama n abah sayang sangat kat Damia..

Sunday, April 10, 2011

kenangan - Lumut (Perak)


Aku g Lumut selepas ziarah birasku keguguran..aku sebenarnya xpenah sampai Lumut lg..tu yg my hubby bawa..masa ni MIL pun ada gak..

3 of us (panasla tu la muka jd camtu)

Damia + mama

Mak su Damia

dengan MIL


ni barang yg kami sempat rembat di Lumut..ni 2nd round.1st round dah masuk dalam kereta..byk sgt hasil rembatan ni..


p/s ramai orang time ni sbb hujung minggu n org yg g pukau Pangkor...

Saturday, April 9, 2011

Damia - Family Day IKM Kuching


Jom layan gambar Damia masa Family Day IKM Kuching.
Tahun ni xbest sgt sbb ramai dah pindah..huhu..bila la aku nak pindah lak..

Damia dengan anak pengarah IKM

Damia + mama





1 Malaysia





Inilah hadiah yg kami dapat dari cabutan bertuah..
Tahun lepas dapat basikal tahun ni hamper je..



p/s sedih la bila ramai dah balik semenanjung..dah kurang kawanku di Kuching...

Friday, April 8, 2011

Perempuan memang tak guna


1. Perempuan itu tidak guna kain yang

nipis untuk membuat bajunya, sehingga

terbayang kulitnya. Kerana dia tahu,

bahawa pakaian seperti itu adalah

pakaian yg layak dipakai oleh

perempuan jalang.


2. Perempuan memang tidak guna rantai
kaki yang berloceng utk dililitkan

pada kakinya. Rantai ini apabila

dipakai walaupun tersembunyi tetap

bergemerincing dan menarik perhatian

orang lain, lebih-lebih lagi lelaki

JAHAT. Dia tahu sekiranya dia

memakainya juga dia telah melanggar

larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.


3. Perempuan memang tidak guna minyak

wangi yang baunya semerbak. Wangian

sebegini mempunyai kuasa penyerakan

bau yang amat tinggi kerana kadar

kemeruwapannya tinggi. Biasanya

kekuatan bau ini menunjukkan kadar

kekompleksan rantai alcohol (secara kimia)

yg digunakan utk membuat

pewangi itu. Perempuan yang tidak

memakai wangian yang kuat ini tahu

bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.

Sabda junjungan bahawa wanita yang

keluar rumah dgn memakai wangian,

adalah seperti pelacur. Bukan tidak

boleh berwangi-wangi tetapi

bersederhanalah dlm pemakaian wangian

tersebut.


4. Perempuan memang tidak guna kata-

kata yang keji, kerana dia tahu

sesiapa sahaja yang bercakap perkara

yang keji adalah mereka yang rendah

akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang

bercakap menggunakan perkataan yang

buruk @ jahat, adalah seperti sepohon

pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia

tahu bahawa perumpamaan perkataan yang

baik dan buruk dinyatakan dengan jelas

dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5. Perempuan tidak guna masa berborak

untuk mengatakan hal-hal orang yang

disekitarnya atau dengan kata lain

mengumpat, memperkatakan keabaian

saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya

orang yang suka mengumpat baik lelaki

atau perempuan dia seolah-olah memakan

daging saudaranya sendiri. Apakah

sanggup kita memakan daging saudara

sendiri? Persoalan ini ditanyakan

kepada kita dalam firmanNya ayat 12.

surah al-Hujurat.


6. Perempuan memang tidak guna tudung

tiga segi, apabila memakainya

diselempangkannya sehingga nyata

bentuk perbukitan pada badannya

(tudung siput babi). Sememangnya ia

menjadi tatapan mata lelaki yang jahat

yang terkena panahan syaitan. Dia tahu

apabila bertudung, dia mesti

melabuhkan tudungnya sehingga menutup

alur lehernya dan tidak menampakkan

bentuk di bahagian dadanya. Pesan

Rasul seperti yang disuruh oleh Allah

tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.

Begitu juga seorang lelaki yang

bergelar suami mesti memberi

peringatan untuk isteri dan anak-

anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok

bahasa yang boleh menggoda seorang

lelaki. Jika bercakap dengan lelaki

yang bukan mahramnya, bercakaplah

dengan tegas. Jangan biarkan suara

lentukku untuk menarik perhatian

lelaki yang sakit dalam hatinya.

Sememangnya suara perempuan bukanlah

aurat, jika aurat maka Allah tidak

akan menjadikan perempuan boleh

berkata-kata. Bertegaslah dalam

percakapan, jangan gunakan suaramu

untuk menarik perhatian lelaki

sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya

suara wanita yang bercakap dengan gaya

membujuk yang boleh mencairkan keegoan

lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat

dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna

ayatnya lebih kurang begini"Maka

janganlah kamu tunduk dlm berbicara

sehingga berkeinginanlah orang yang

ada penyakit dlm hatinya dan

ucapkanlah perkataan yang baik"

'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg

berbicara dgn sikap yang boleh

menimbulkan keberanian orang untuk

bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit

dlm hati" adalah keinginan seorang

lelaki utk melakukan perbuatan sumbang

dgnnya seperti berzina. Mengapa?

Lelaki sangat mudah tertarik kpd

seorang wanita melalui suaranya.


8. Perempuan memang tidak guna alat

make-up untuk menonjolkan

kejelitaannya melainkan di hadapan

suaminya sahaja. Adab bersolek

(tabarruj) ini amat ditekankan kepada

wanita muslim (muslimah) kerana

semestinya kecantikannya adalah hak

ekslusif yang mesti persembahkan

kepada suaminya. Jika ingin keluar

bekerja, dia memakai make-up secara

bersederhana sahaja sehingga tidak

jelas kelihatan pada wajahnya dia

bersolek. Jangan bersolek sehingga

cantiknya anda sehingga kadang2 wajah

anda menjadi seperti hantu. Hendak

bergincu? Jika bergincu, pakailah yg

tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa

tidak pakai lipstick sahaja?


9. Perempuan tidak guna kain tudung

yang jarang-jarang seperti jarangnya

jala yang digunakan untuk memukat

haiwan akuatik. Kerana apabila memakai

tudung seperti ini, akan nampak juga

bahagian yang sepatutnya ditutup rapi

dari pandangan orang lain. Rambut

adalah mahkota, tetapi jangan biarkan

mahkota itu tidak 'berharga' dengan

menayangkannya tanpa sebarang

perlindungan. Jika mahkota berharga

disimpan dengan rapi di dlam sangkar,

dan ditambah pula pengwal untuk

menjaga keselamatannya, maka demikian

juga dengan rambut wanita. Sangkar itu

adalah kain litup yang sempurna dan

pengawalnya pula adalah ilmu yang

diamalkan oleh anda untk memakainya

dengan cara yang terbaik.



p/s Thanks Sufria Zack sebab bg share info ni...selamat beramal


kenangan - Lost World of Tambun


Ni cerita lama erk..disebabkan xda masa nak update so cerita ni diperam la dulu..
kalu ikan diperam bleh jd pekasam..tp kalu cerita diperam jd kenangan jela..ngeh ngeh ngeh...apa yg aku melalut ni...

cerita ni berlaku pada hujung thn lepas..cerita thn lepas pun nak cerita lg ka..(lantak la blog aku)..
kami 1 family besar pegi ke Lost World of Tambun..adik aku yg dok indon jer xpegi sbb dia xbalik kononnya tiket dah mahal..

Aku sebenarnya malas nak citer panjang2 kita layan je la gambar kat bawah ni yer..


time ni baru sampai..Damia lum mandi lg tu..pakai baju tidur lg..haha


Sori gambar dalam dalam air xda k..kamera tinggal dalam loker lupa nak bawa keluar..rugi rugi..


ni ayah n mama aku


ni family kak long - gambar jauh sbb train nak lalu takut kena langgar..huhu


ni la train yang nyibuk nak lalu masa kami amik gambar..

my family - eee selipar sape la tu tertinggal kat situ..kan dah rosak gambar aku yg cumel..hehe

Damia ni takut lak nak naik benda2 camni..jenuh pujuk tp xmkn gak..

Damia takut sgt gajah kat belakang tu..takut gajah tu pijak dia kot..hehe


Damia dengan Bebear besar..

Sofea ok je naik ni tp Damia siap nak nangis je masa naik ni

Damia peluk mama xnak lepas takut kuda tu bawa dia g jauh..haha

Tengok tu xnak lepas lg terpaksa la mama rendah kan diri tuk bg Damia peluk (padahal nak amik gambar punya pasal la)

ni la tempat yg kami guna tuk meletakkan barang..cuba tgk sofea apa yang ditelek kat muka mak chaq dia pun xtau..nape sofea mak chaq chumel sgt ka sampai xberkelip2 mata tu..heheh..

ni la gambar satu2nya yg aku amik dekat dgn air..time ni semua barang di loker dah diambil so baru leh bergambar..

Gambar tuan rumah semestinya kena ada..ingatkan di Kuching, Sarawak je ada kucing besar tp di Tambun pun ada..

Damia kata "mama lain kali kita datang lg erk"



p/s best la jugak tempat ni selain mandi kita leh tgk binatang n main mcm kat fun fair..

Thursday, April 7, 2011

kenangan - Ulu Kernas (Perak)

Layan gambar tuan rumah dulu yer...


Best sangat tempat ni..nyaman jer...air lak sejuk gila..tp pelik sgt Damia bleh mandi dengan steady je (walaupun dah biru mulut dia tp xnak naik lg..ish ish ish)..anak sedara aku kejap je dalam air dah naik xtahan sejuk..

time ni kak long aku dah ngandung tp dia xsedar dia ngandung..bulan 2 baru sedar dia ngandung time tu dah nak masuk 5 bulan dah..hai la kakak aku yg sorang ni bleh dia xsedar..tau la nak masuk yg ke 3..kakak aku pakai bj itam tu..yg duduk tu mama aku..baju pink adik aku yg 2nd last..
inilah buktinya Damia suka sgt swimming..walaupun sejuk apa dia peduli..tetap nak mandi...sampai dah nak balik pun xnak naik..last2 angkat juga la..tp dia nangis xhengatnya..bila siap tukar baju semua boleh damia nak turun mandi lg..waaaa....sori Damia mama malas nak layan kehendak kamu...huhu

adik-adik aku n my hubby+Damia

mama dengan jaudah tuk di makan kami sekeluarga..erm sedapnya walaupun lauk yg simple...



p/s bestnya tempat ni nak pegi lg la..jom abang kita pegi lg..

holiday...

jalan2 naik keta kedekut..(xsesuai bw ramai org-sempit lor..hehe)


Dah lama rasanya aku n family xg holiday..huhu..last g holiday masa cuti sekolah hujung tahun lepas..tu pun xjauh mana pun..tp jadi la..janji dapat g holiday..

Tetiba je rasa mcm nak pegi holiday..tp mana la ada cuti sekarang ni..tunggu cuti sekolah bulan 6 ni jela..tp nak p mana erk..erm sekarang dah kena fikir la..tp setuju ke my hubby nak pegi???



p/s abang jom kita g holiday...kita bertiga je bleh x???