Monday, November 29, 2010

Ulangtahun perkahwinan yg ke 2

28 November yang lepas adalah hari paling istimewa untuk aku n my hubby. rasa macam xcaya jer dah 2 tahun kami bersama rasa macam baru semalam jer nikah. masa ulangtahun perkahwinan yg pertama aku belum ada blog lg so aku tempek la sikit gambar tuk kenangan. masa ni aku n hubby sambut bertiga je. tu pun simple je beli kek sebagai kenangan.
Jom layan gambar kat bawah...

time ni damia baru 4 bulan.

kek utk 1st anniversary..

Pada tahun ni my hubby ajak g Damai Beach Resort tuk 2nd Anniversary bercuti kat sana tp sehari je.. 27hb check in 28 check out..hehe kejap jer kan..tu pun last minit my hubby ajak g sana, kami xbooking pun terus je pegi kalau xda chalet kosong kami balik je la..nasib kami baik masih ada bilik aka chalet kosong tp besar la pulak..tp xpela tima jer la..
cuba layan gambar kat bawah ni..

sila abaikan model tidak berbayar tu..hehe

besar x chalet ni..besarkan sbb tu la harga dia pun besar RM345 tu..


Lepas je check in kami terus masuk chalet tukar baju nak g swimming pool. pergi bercuti tepi pantai tp pergi mandi pool..apa kes..ermm sape la nak mandi bila tengok pantai keruh jer air dia pastu ombak punya la besar..eee xberani la nak mandi..pantai kat kuching ni xsama mcm semenanjung.
jom layan gambar..N3 ni kita layan gambar je la..

cantikkan permandangan swimming pool ni kan..

budak lepas swimming..

Damia 1st time pakai swimming suit.

Damia n abah mandi kolam..mama xleh mandi sbb xpakai baju swimming.huhu

Damia yg suka berenang..

Damia n duck..


Lepas penat bermandi manda dalam kolam..kami bersiap lak g dinner..erm xbest sangat dinner kat sini..sbb xbyk pilihan makanan..huhu..membazir je dinner kat sini..huhu

sebelum g dinner sempat lg berposing..
dah lama xbergambar berdua..

small family..mama, damia n abah

Damia yg tengah kusyuk makan...

abah tgk sape tu...ish ish ish..

ni je la yg aku makan masa dinner tu..

Masa breakfast aku xbawa kamera n handset so xda la gambar..ruginya..



"YA Allah Ya tuhanku, Kau peliharakanlah hubungan kami dan rumahtangga yang kami bina ini dan Kau jauhkan kami dari segala musibah..Kau eratkan hubungan kasih sayang kami hingga ke akhir hayat.. Kau kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah"..Amin amin Ya rabbaalamin...


p/s dah lama xupdate blog ni..bz sgt sbb kena jaga SPM n mengemas rumah...huhu..sape nak tolong..

Friday, November 5, 2010

Hadiah tuk my hubby

Hampir aku lupa nak update pasal hadiah tuk my hubby. Benda ni la yg aku bagi tuk my hubby sempena besday dia yg ke 28 tahun.


p/s tahun depan nak bg apa pulak erk??

Cuci rumah baru

Tersangat la penat bila nak pindah rumah baru a.k.a rumah sewa. Penat menyental rumah orang..huhu..kalau rumah sendiri xpela puas hati..tp kalu xmenyental mau ke dok dalam keadaan sakit mata bila pandang sini pandang sana semua kotor.2 hari gak baru setel mencuci rumah.sehari tuk bahagian atas sehari bahagian bawah.fuhhh penat siot.

Majoriti rumah di Sarawak ni xda kipas siling kat ruang tamu..mmg rumah kat sini pakai aircond jer kat ruang tamu ni. tp rumah sewa aku ni spesel la jugak sebab ada kipas kat ruang tamu.tp kipas seperti kat bawah ni jela.



kipas dinding jer..ahaksss..jadi la janji xpanas..malas aku nak pasang aircond..bukan rumah aku.lgpun dalam bilik dah pasang aircond..jadilah..kalau panas masuk berkurung jela dalam bilik..wawawaa

Ruang tamu tu lum lg dicuci..tu yg kotor.rumah agak besar tp aku mana la ada perabot yg nak disumbat masuk. yela aku sblm ni dok kuarters semua dah disediakan so bila pindah rumah sewa mmg kosong jela..insyaallah pasni penuh la..tu pun kalau lama dok kat Kuching ni.


Semua gambar yg aku upload ni sebelum aku cuci rumah.tgk la lintang pukang semua. barang2 penyewa rumah sebelum ni ada lg.diorang tinggal maybe dah xnak kot..so aku apalagi semuanya aku buang. Gambar kat atas tu ruang makan.

Rumah ni 2 tingkat ada 4 bilik tidur dan 3 toilet, aku sewa sebulan RM500 paling murah la aku dapat. kat area tu rumah macam aku ni selalunya sewa dalam RM650.



Ni ruang dapur yang belum dikemas. Aku dah beli rak dapur tuk memasak. tp lupa nak amik gambar..tgk la bila dah duduk rumah ni aku amik gambar. skrg ni masih di kuarters. belum ada masa nak angkat barang asyik bz jer.huhu

Ni gambar kat depan rumah. bleh masuk 2 biji keta ni. Tu kotak2 yg ditinggal oleh penyewa sebelum ni..tp aku dah selamat dibuang semuanya..puas hati aku bila tgk dah xda pape kat depan ni.hehe

Esok aku mula nak mengemas barang tuk di bawa ke rumah baru. hujung minggu yg memenatkan akan tiba lg. tp malam esok ada dinner kat one hotel santubong.



p/s bila la aku nak ada rumah sendiri ni..dalam dilema nak beli rumah kat mana.huhu

Thursday, November 4, 2010

setahun 3 bulan 5 hari



  • gigi masih 6 batang lg.lum nampak ada penambahan gigi lg buat masa terdekat ni.
  • sangat petah bercakap dalam bahasa german n perancis (sampai sepatah pun mama xfaham)
  • sangat pandai merajuk sambil membenamkan muka di lantai. ntah tiru gaya sape tah.
  • suka bermain dengan ball n frog.
  • dah faham bila mama bg arahan. cth: Damia pegi amik ball tu.
  • very de manja. xbleh marah sket nanges xhengat. walaupun hanya dengan tegur 'haippp' jer apatah lg bila mama jegil mata lg la dia nanges dgn sekuat hati tp senang di pujuk (hanya sumbat susu jer terus diam..hehe).
  • damia sangat takut utk melangkah so dia lum pandai berjalan lg. Damia jangan takut2 erk kalau jatuh nnti mama tlg angkatkan..hehe
  • pas cukur jambul sampai sekarang lum pernah potong rambut lg.
  • nak berjalan bila dipimpin tangan tp msti pegang kedua2 belah tangan kalau x, xnak jalan terus duduk.
  • dah mahu duduk dalam stroller dalam masa yg lama.kalau x 10 minit duduk dah minta angkat.

tu jer yang mama ingat..nnti kalau ada perubahan yg lain mama update lg erk..




p/s cepatnya masa berlalu..dah hujung tahun dah..lg 2 minggu dah start cuti sekolah..huhu tp thn ni cuti xlama sbb kena jaga SPM..xbestnya...