Thursday, December 16, 2010

yeyeye dah ada kat kampung halaman..

Wah gumbira rasanya bila sampai ke kampung halaman.kali ni balik kampung dengan Malaysia Airlines..hehe..tiket percuma dari kerajaan Malaysia..dah keja kat sarawak mestila dapat tiket free dari gomen. tapi nan ado gambar ye..kamera simpan dalam bagasi masuk kargo.huhu..

Pagi td tingin sgt nak makan nasi lemak..yela kat sarawak nasi lemak ada ikan kering mana kena selera..wah abis 2 bungkus aku tibai..damia pun sama naik..banyak dia makan..ish22 rupanya damia pun suka nasi lemak semenanjung erk..nampaknya kena selalu balik la..nak makan nasi lemak..

Rasanya mcm teringin nak makan ketiau teng pulak la..sedapnya sampai menjilat jari tu..sape penah makan angkat tangan???hehe..jom kita p beli...nak buat xreti...



p/s abang jom p beli ketiau teng....

Friday, December 10, 2010

SPM 2000 vs SPM 2010

SPM 2000
  • 10 tahun yg lepas aku yang bertungkus lumus belajar tuk SPM.
  • aku amik 10 subjek BM, BI, Math, Sejarah, Pend.Islam, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik n Elektronik, Fizik n Kimia.
  • dalam byk2 paper tu L.K la paling lama masa menjawab..3jam kot kalu xsalah la..tp aku xcukup masa nak jawab..haha..terlebih terer kot aku ni...
  • kalau xsalah aku (sbb ingat2 lupa) tahun yang aku amik SPM tu kena 2 hari bulan puasa kot.sbb aku rasa mcm penah berbuka beramai2 dgn geng2 yg lum abis lg. budak2 vokasional dah abis tinggal budak2 teknik je lum abis lg. tp best sgt mkn lauk sedap.biasalah kan dok hostel.
  • yang paling best masa last paper exam, semua bersorak keriangan kononnya dah abis penderitaan la konon..haha..aku dah xingat paper apa yg last..
  • aku dapat soklan bocor dari kawan aku yg mana ntahla dah xingat..tup2 mmg kuar dalam exam esoknya..mmg best sgt la..tp 1 soklan jegh..paper fizik kalau xsalah..patut la result tuk fizik aku ok..hahah.
SPM 2010
  • jgn pulak salah sangka aku amik sekali lg SPM..
  • aku thn ni kena jadi pengawas peperiksaan SPM.mmg aku xpenah minta nak mengawas tp tup2 nama aku kuar kena mengawas..tension2 yela nak balik kg wei..bukan slalu dapat balik kg setahun 3 kali jek..masa cuti pertengahan thn, raya aidilfitri n cuti akhir tahun.waaa thn ni aku blk lambat..rindu sama kg halaman..aik aku dok kg ke erm xkesah la janji aku nak balik a.setar...
  • rupa2nya xbest jd pengawas peperiksaan ni..ngantuksssss wei...paper SPM ni bukan kejap, lama gila..paling2 lekeh pun sejam 15 minit..tp yg xtahan tu bila paper yg 3jam @ 2jam setengah..boleh naik kematu bontot aku asyik duduk je..nak jalan2 pun bukannya luas kelas tu..dah mcm mandor jer asyik jalan..nnti budak2 yg nak jawab exam pun dok pikir apekehalnya cikgu ni asyik jalan2 jegh abis idea aku xpun cikgu ni nak tgk jawapan aku ke..
  • aku dah naik jemu nak bg arahan2 yg sama terpaksa diulang2 setiap kali peperiksaan bermula n berakhir tp dah tugas terpaksa la..huhu
  • bila budak2 dah abis exam diorg terus balik tp pengawas peperiksaan masih lg ada dalam bilik peperiksaan tuk bungkus kertas soalan tuk di pos terus kepada pemeriksa kertas..tp bukan aku yg p pos tp ketua la..hehe..
  • aku kena 2 kali jd pengiring amik kertas soalan. baru aku terpikir macamana la soalan boleh bocor padahal mcm2 prosedur ke buat..pelik2..
  • dengan jd pengawas peperiksaan ni baru aku tahu prosedur satu2 peperiksaan tu berjalan.
  • tp tuk tahun depan aku dah xnak jd pengawas peperiksaan dah..aku nak blk kg...huhuuhuuu


p/s aku skrg tersangat la malas nak update blog..padahal tiap2 hari aku online..tp aku blogwalking je...

Monday, November 29, 2010

Ulangtahun perkahwinan yg ke 2

28 November yang lepas adalah hari paling istimewa untuk aku n my hubby. rasa macam xcaya jer dah 2 tahun kami bersama rasa macam baru semalam jer nikah. masa ulangtahun perkahwinan yg pertama aku belum ada blog lg so aku tempek la sikit gambar tuk kenangan. masa ni aku n hubby sambut bertiga je. tu pun simple je beli kek sebagai kenangan.
Jom layan gambar kat bawah...

time ni damia baru 4 bulan.

kek utk 1st anniversary..

Pada tahun ni my hubby ajak g Damai Beach Resort tuk 2nd Anniversary bercuti kat sana tp sehari je.. 27hb check in 28 check out..hehe kejap jer kan..tu pun last minit my hubby ajak g sana, kami xbooking pun terus je pegi kalau xda chalet kosong kami balik je la..nasib kami baik masih ada bilik aka chalet kosong tp besar la pulak..tp xpela tima jer la..
cuba layan gambar kat bawah ni..

sila abaikan model tidak berbayar tu..hehe

besar x chalet ni..besarkan sbb tu la harga dia pun besar RM345 tu..


Lepas je check in kami terus masuk chalet tukar baju nak g swimming pool. pergi bercuti tepi pantai tp pergi mandi pool..apa kes..ermm sape la nak mandi bila tengok pantai keruh jer air dia pastu ombak punya la besar..eee xberani la nak mandi..pantai kat kuching ni xsama mcm semenanjung.
jom layan gambar..N3 ni kita layan gambar je la..

cantikkan permandangan swimming pool ni kan..

budak lepas swimming..

Damia 1st time pakai swimming suit.

Damia n abah mandi kolam..mama xleh mandi sbb xpakai baju swimming.huhu

Damia yg suka berenang..

Damia n duck..


Lepas penat bermandi manda dalam kolam..kami bersiap lak g dinner..erm xbest sangat dinner kat sini..sbb xbyk pilihan makanan..huhu..membazir je dinner kat sini..huhu

sebelum g dinner sempat lg berposing..
dah lama xbergambar berdua..

small family..mama, damia n abah

Damia yg tengah kusyuk makan...

abah tgk sape tu...ish ish ish..

ni je la yg aku makan masa dinner tu..

Masa breakfast aku xbawa kamera n handset so xda la gambar..ruginya..



"YA Allah Ya tuhanku, Kau peliharakanlah hubungan kami dan rumahtangga yang kami bina ini dan Kau jauhkan kami dari segala musibah..Kau eratkan hubungan kasih sayang kami hingga ke akhir hayat.. Kau kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah"..Amin amin Ya rabbaalamin...


p/s dah lama xupdate blog ni..bz sgt sbb kena jaga SPM n mengemas rumah...huhu..sape nak tolong..

Friday, November 5, 2010

Hadiah tuk my hubby

Hampir aku lupa nak update pasal hadiah tuk my hubby. Benda ni la yg aku bagi tuk my hubby sempena besday dia yg ke 28 tahun.


p/s tahun depan nak bg apa pulak erk??

Cuci rumah baru

Tersangat la penat bila nak pindah rumah baru a.k.a rumah sewa. Penat menyental rumah orang..huhu..kalau rumah sendiri xpela puas hati..tp kalu xmenyental mau ke dok dalam keadaan sakit mata bila pandang sini pandang sana semua kotor.2 hari gak baru setel mencuci rumah.sehari tuk bahagian atas sehari bahagian bawah.fuhhh penat siot.

Majoriti rumah di Sarawak ni xda kipas siling kat ruang tamu..mmg rumah kat sini pakai aircond jer kat ruang tamu ni. tp rumah sewa aku ni spesel la jugak sebab ada kipas kat ruang tamu.tp kipas seperti kat bawah ni jela.



kipas dinding jer..ahaksss..jadi la janji xpanas..malas aku nak pasang aircond..bukan rumah aku.lgpun dalam bilik dah pasang aircond..jadilah..kalau panas masuk berkurung jela dalam bilik..wawawaa

Ruang tamu tu lum lg dicuci..tu yg kotor.rumah agak besar tp aku mana la ada perabot yg nak disumbat masuk. yela aku sblm ni dok kuarters semua dah disediakan so bila pindah rumah sewa mmg kosong jela..insyaallah pasni penuh la..tu pun kalau lama dok kat Kuching ni.


Semua gambar yg aku upload ni sebelum aku cuci rumah.tgk la lintang pukang semua. barang2 penyewa rumah sebelum ni ada lg.diorang tinggal maybe dah xnak kot..so aku apalagi semuanya aku buang. Gambar kat atas tu ruang makan.

Rumah ni 2 tingkat ada 4 bilik tidur dan 3 toilet, aku sewa sebulan RM500 paling murah la aku dapat. kat area tu rumah macam aku ni selalunya sewa dalam RM650.



Ni ruang dapur yang belum dikemas. Aku dah beli rak dapur tuk memasak. tp lupa nak amik gambar..tgk la bila dah duduk rumah ni aku amik gambar. skrg ni masih di kuarters. belum ada masa nak angkat barang asyik bz jer.huhu

Ni gambar kat depan rumah. bleh masuk 2 biji keta ni. Tu kotak2 yg ditinggal oleh penyewa sebelum ni..tp aku dah selamat dibuang semuanya..puas hati aku bila tgk dah xda pape kat depan ni.hehe

Esok aku mula nak mengemas barang tuk di bawa ke rumah baru. hujung minggu yg memenatkan akan tiba lg. tp malam esok ada dinner kat one hotel santubong.



p/s bila la aku nak ada rumah sendiri ni..dalam dilema nak beli rumah kat mana.huhu

Thursday, November 4, 2010

setahun 3 bulan 5 hari



  • gigi masih 6 batang lg.lum nampak ada penambahan gigi lg buat masa terdekat ni.
  • sangat petah bercakap dalam bahasa german n perancis (sampai sepatah pun mama xfaham)
  • sangat pandai merajuk sambil membenamkan muka di lantai. ntah tiru gaya sape tah.
  • suka bermain dengan ball n frog.
  • dah faham bila mama bg arahan. cth: Damia pegi amik ball tu.
  • very de manja. xbleh marah sket nanges xhengat. walaupun hanya dengan tegur 'haippp' jer apatah lg bila mama jegil mata lg la dia nanges dgn sekuat hati tp senang di pujuk (hanya sumbat susu jer terus diam..hehe).
  • damia sangat takut utk melangkah so dia lum pandai berjalan lg. Damia jangan takut2 erk kalau jatuh nnti mama tlg angkatkan..hehe
  • pas cukur jambul sampai sekarang lum pernah potong rambut lg.
  • nak berjalan bila dipimpin tangan tp msti pegang kedua2 belah tangan kalau x, xnak jalan terus duduk.
  • dah mahu duduk dalam stroller dalam masa yg lama.kalau x 10 minit duduk dah minta angkat.

tu jer yang mama ingat..nnti kalau ada perubahan yg lain mama update lg erk..




p/s cepatnya masa berlalu..dah hujung tahun dah..lg 2 minggu dah start cuti sekolah..huhu tp thn ni cuti xlama sbb kena jaga SPM..xbestnya...

Friday, October 29, 2010

atas permintaan adik aku..

Hari ni adik aku request nak glamer dalam blog aku yang xbape nak glamer ni..untuk menunaikan permintaan adik aku ni, N3 kali ni khas tuk adik aku kat Indon tu yer..pasni kalu nak glamer lg apa kata wat blog sendiri..hehe..

Adik aku ni namanya Nurul Liyana Mohd Yusof..Skrg berada di Jakarta, Indonesia. Bakal doktor ni..mmg dari kecik cita2 dia nak jd doktor..tp yg peliknya dia ni takut nak jumpa doktor tambah2 bila nak amik darah..aku pun xtau dia ni darah apa, sama dgn aku ke x??aku ni xpandai sangat bab2 biologi ni.aku kan xpenah blaja..haha..

Nak tau mana satu adik aku ni??kan adik aku ada 3 org..so ni la picture dia..
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
tadaaaaaaaa....yg pakai tudung purple tu..pandangan sisi...

kalu xjelas tekan bawah lg..

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

ni la bakal doktor..ada rupa doktor x??siap peace lg tu..xhengat..


Ni la dia adik2 aku..1, 2 n 3..
nuda (adik no 2) , idayah (yg kecik) n nuanna (adik pas aku)


adik2 aku ni mmg suka posing depan kamera..kalau dapat kamera jer sure gambar diorang je dalam tu..nyampah tul wat berat laptop aku jer..nak buang sayang lak..yela kenangan..tp malaih la aku nak upload gambar diorg byk2 dalam blog ni..sori k adik2 aku..

Dah la malas nak citer byk2 tentang budak sorang ni..hehe..jangan marah..kalu ada permintaan lg insyaallah aku tunaikan..tp kalu dah byk sgt malas la aku...



p/s adik aku ni slalu bawak balik makanan dari indon ada yg sedap ada yg xsedap tp dia kata sedap..tu ayaq kotak tu dari indon la tu..xsedap wei..tp dia kata sedap..buweeeeek..xkena dgn citarasa aku..



Thursday, October 28, 2010

Bapak punya besar

Jangan salah sangka erk..ni bukan N3 lucah k...
G ni citer dia..masa aku dok layan gambar2 yg baru di upload masuk laptop..
tiba2 terjumpa la picture ni...
cuba korang teka apa yg bapak punya besar??
teka cepat....
xtau erk..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ok ni la pict tu..haha..betul x aku kata besar gila kan sotong ni..sotong ni ayah aku yg beli..beli sekor jer tp bleh 2 kali makan..besar siot sape nak abiskan kalu masak semua..
disebabkan sotong ni gak la aku dapat merasa masakan ayah ku yang sedap sampai menjilat jari..yummy2..tp kalau ayah aku kat dapur msti dapur tu berselerak..ni la penangan bila lelaki turun dapur..hehe..tul x ayah??


p/s camna erk kalau my hubby turun dapur??

Monday, October 11, 2010

Holiday Kota Kinabalu Part 1


Dah lama aku n hubby x g holiday..bz sangat kot..lgpun cuti kami xsama so xdpt la holiday..last g holiday bulan disember lepas..g Langkawi sempena 2nd year anniversary..tp bukan berdua tp 2org adik aku pun ikut skali + my MIL..adik aku (dok indon tu xpenah g Langkawi, kesiankan..haha) so bawa je la..

Holiday kali ni kami pergi bertiga..mmg terasa bahagia sangat yer la xda org ganggu..(ganggu sgt ker kalu bawa org lain..kalu ada yg lain bleh jd bibik Damia kan..tul x adik2 ku..haha..jgn marah)

Kami bertolak dari Kuching pukul 9.50pm (Jumaat, 08.10.10) dan sampai airport Kota Kinabalu dalam pukul 11 pm..so terus amik teksi ke Promenade Hotel..mmg cantik sangat hotel ni...tp nak jadikan cerita nama my hubby xda dalam booking list..huhuhu..tension giler time tu..yela dah tgh malam..so my hubby keluarkan kertas booking dan segala bagai untuk membuktikan kami dah booking...rupa2nya bukan Promenade Hotel tp Promenade Apartment Hotel la..rupanya kawan my hubby tersalah booking..dengan muka tension kami pun pergi la Promenade Apartment Hotel yg terletak di belakang Promenade Hotel..

Ada lg episod sedih bila sampai jer Promenade Apartment Hotel rupanya apa yg kami bayang sebelum ni menjadi hampa yela ingtkan hotel tp apartment je..dah la mcm dok flat je aku tgk..huhu..tp nak wat camna dah booking + tgh malam takut la plak..so check in jer la..mahal giler dr hotel...murah lagi kalu aku dok Promenade Hotel yg 4star tu.. malaih aku nak cerita..wat sakit hati jer..dah la fullstop pasal hotel kita sambung pasal holiday lagi best...

Selepas sarapan pagi kami bertiga terus siap2 nak g pulau..kami amik teksi ke Jetty Jesselton..pastu terus g kaunter untuk beli tiket ke pulau..pas bincang2 so kami memilih untuk pegi ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi dengan harga RM90 untuk 2orang termasuk life jacket + alat snokerling...Damia free jer..hehe

Jetty Jesselton - Cantikkan permandangan dia..ni sebelum naik boat ke Pulau..belikan Damia pelampung Duck..Happy sangat Damia sbb Duck tu ada bunyi la..

time ni dah dalam boat n gerak g Pulau Manukan dulu..
cuba tgk Damia bila pakai life jacket..Damia dah tenggelam dalam life jacket yang besar..yela saiz kanak2 umur 5thn tu...tp untuk keselamatan so pakai kan jer..

Dah sampai pun Pulau Manukan..Pulau Manukan dah kali ke 2 aku sampai..1st time masa bujang2 dulu..

selepas mencari tempat...so terjumpa gak tempat ni..so apa lg letak2 barang n buka pampers Damia terus la g pantai..aku xla xcited sgt nak snorkerling sbb dah penah snorkerling kat sini..aku nak mndi laut je..tp dukacita gak sbb xmcm mula2 aku sampai dulu ikan nemo berenang2 je tepi pantai tp skrg penuh dgn rumpai je..ikan bilis ada la tepi pantai xcantik mcm dulu dah..tp mybe disebabkan time ni berombak sgt kot..tu la alasan yg diberi oleh tekong boat yang aku naik tu..

aku ingat Damia takut air rupanya x pun..cuba tgk betapa sukanya Damia berenang..

abis abah kena libas dengan Damia..mcm pro jer Damia berenang..hehe

tgk tu..nak berenang je..sampai xnak naik...

makan time...sekejap je dah abis mkn bubur ni..suap ilang suap ilang...hehe..mybe lapar sgt kot yela berenang xmau mau..sambil mkn sambil main snorker..

tgk pas mkn jer terus ngantuk..tgk la nyenyak sgt tido..ni dah sampai pulau mamutik..damia tido dari pulau manukan lg..dia punya tido sampai nak g pulau ke 3 dah (pulau sapi)..tp xleh jd ni kena gerak gak..sbb dia tido dgn baju basah2 tu gak..bila gerak g bawa mndi n tukar baju..terus ke pulau sapi..

Bila sampai Pulau Sapi kami amik keputusan xnak turun la sbb cuaca mcm nak ujan je..takut laut bergelora lak nnti...risau wei..nak g Pulau Sapi pun mcm dah berombak..masa aku ni xda gambar langsung sbb dalam keadaan yg berombak dan xleh nak bergambar la...aku mndi laut lg skali masa dalam boat..abis basah kuyup aku kena air laut..bukan aku sorg, Damia n my hubby gak..kami dok belakang skali mmg basah teruk la..kalu kat depan bahaya melambung tinggi bila ombak kuat..lgpun bahaya untuk Damia la..

Alhamdulillah kami selamat sampai ke jetty gak akhirnya..wei takut wei dok dalam boat tu..asyik berdoa je aku takut boat terbalik..bayangkan la boat dah sama tinggi dgn air..masa nak pegi ok jer..masa nak blk sgt la mencabar...cuaca dah menunjukkan nak ujan..dah gelap dah langit..

time dalam teksi hujan pun turun..sampai je hotel terus mandi sbb daban dah bergetah dgn air laut...



p/s best kan kalu dapat holiday selalu...abg bila nak holiday lg erk???...

Selamat Hari Lahir - My Hubby

Hari : Khamis
Tarikh : 07 Oktober 2010
Tempat : Kuarters Mara Kuching Sarawak a.k.a rumah aku duduk skrg la
(bulan depan dah nak pindah)

Ucapan : Semoga my hubby yang tersayang panjang umur, dimurahkan rezeki dan hubungan kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat.


chocolate cheese cake untuk hari lahir my hubby ke 28..

kek dgn gimik lilin..

Sambut hari lahir ke 28 thn bertiga..
(thn depan masih bertiga lg ke erk..hehe)

eh..nape Damia pandang mama??..
mama cute mcm Damia eh...




p/s Hadiah untuk my hubby dah aku bagi...korang nak tau ke apa??nanti la aku gtau..haha..tunggu


Wednesday, September 29, 2010

Skrg Damia makin pandai tiru gaya org..ye la dah besar kan anak mama ni..skrg pantang tgk buai kosong msti nak g main..kononnya nak buai baby la kot..bila Damia g je kat buai tu dengan gaya nak tido kan baby..apa lg mama pun masukkan la bantal peluk Damia dalam buai tu..konon2nya bantal tu baby la..(bila lg nak layan imaginasi kanak2)..bertambah2 suka la Damia bl ada benda dalam buai yang boleh dibuaikan...okla layan jer gambar kat bawah ni..





suka sgt dia bila mama amik gambar...lg sakan dia posing..


p/s setahun lebih dah Damia...mcm xcaya dah beranak 1..cepatnya masa berlalu..

Monday, September 27, 2010

Main Bowling raya ke 2..

Percaya x time raya pun ramai lg manusia yg suka main bowling..termasuklah family aku..sebelum ni mmg xpenah kami beraya kat pusat bowling ni..tp thn ni my family nak cipta sejarah main bowling di hari raya..walaupun raya ke 2 masih lg mood raya okey...

Damia yang bersemangat lebih dari mama dia..

Ya rabbi ramai betul manusia kat sini..kami sampai sini dalam kul 9.00pm.konon2nya dalam firasat kami smua mmg xramai la org time ni ye la time raya katakan..tp sangkaan kami meleset 100%..bayangkan la nak main pun kena isi waiting list..dah la dalam wating list tu no 24..bayangkan la pukul bape nak main..tp my hubby kata dah alang2 sampai tunggu je la (padahal dia yg bersemangat sgt nak main sbb tulah dia yg sponsor)..Sape bleh teka kami main pukul bape..jgn xcaya kul 1130pm baru kami smua start main..2 game tu..7 org main termasuklah mama aku yg 1st time masuk pusat bowling n pegang bola bowling tu...

Ni dia mama aku yg tengah membaling bola bowling..

Masa ni Damia lum tido lg mak cik2 dia tolong bawa round2 dalam pusat bowling..

ni la result game ke 2..bola banyak masuk longkang dari kena pin...termasuk la aku..padahal slalu gak g main..haha..(gtau jer aku ni xpandai main)

time ni aku n my hubby bergilir-gilir pegang Damia yang sedang hanyut di buai mimpi..
(camna la Damia dapat tido padahal bising giler time ni)

p/s malam tu sampai rumah kul 2.10 am...lewatnya..tahun depan xnak la cmtu lg..

Tuesday, September 21, 2010

Raya Raya Raya

Tahun ke 2 ni, hari pertama raya aku kat umah mentua..ikut sistem giliran..tp aku dah berjanji
dengan famili ku untuk bergambar pada pagi Syawal tu..so balik la kejap ke rumahku..best gak
kalu kawen dengan org dekat ni..(ada sape nak jeles???) pas klik klik baru balik rumah mentua
balik..ok la layan jela gambar kat bawah ni..

My big happy family...

semua bergaya dengan tema bebas cukai..
(ai naaa...apala yang ikbal tgk Damia sampai cmtu skali..pastu napela my hubby n bang Long menonggek sakan tu..)

My Happy Family
(Apa yang direnungkan oleh Damia tu..tgh pikir nape xdapat duit raya lg erk)

bergambar dirumah mentua
(aik nape la dengan mata aku ni..xcukup tido ke..haha)


p/s tahun ni paling banyak makan ketupat n biskut raya..sebelum ni xlayan sangat...